Lambang PAS, Kebetulan Atau Sudah DiTakdirkan?

Sebagai membuktikan mukjizatnya sebagai Rasul, Nabi Muhammad s.a.w. telah membelah dua bulan.

Nik Aziz, Nasharudin dan Karpal Singh: Kisah Isteri Tua dan Isteri Muda

Nasharudin kena cerai talak berapa? Kalau talak tiga, kena cari 'cina buta' dulu.

3 Lemas Dalam Jip

Maran : “Ayah dah nak pergi.” Itu bisikan terakhir Abd Zahran Asran, 28, kepada anak sulungnya sebelum keluar rumah untuk menyertai aktiviti lasak dalam kawasan hutan di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, yang berkesudahan dia bersama dua rakan menemui ajal, malam kelmarin.

Bagaimana Dengan Pemilihan CEC DAP?

Mengapa kelu diam membisu? Ambiga sudah didesak. Tunggu apa komen beliau nanti.

Nak Desak Guan Eng Segera Mohon Maaf?

Kalau dah Tok Guru Nik Aziz mengangkat Guan Eng sebagai Khalifah Umar al-Aziz, nak buat macam mana lagi? Apa komen penyokong akar umbi PAS ?

Shila kembali selepas 'hilang' sekejap

GEORGETOWN: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.

Ahad, 17 Februari 2013

ROS Siasat DAP

Tempoh sudah tamat 10hb Feb lalu, namun DAP tidak juga menyerahkan dokumen seperti yang diminta oleh ROS, sama ada mencabar ROS atau ada sesuatu yang disembunyikan.  Kini ROS mengambil tindakan untuk menyiasat DAP.  

Mungkin ROS juga patut menggantung parti DAP buat sementara waktu, dan menghalang mereka dari menyertai PRU13 nanti.  Itu lebih baik dari mereka dimalukan oleh penyokong-penyokong mereka sendiri sewaktu PRU13 nanti.

Tapi ingat, Guan Eng pasti tidak akan berdiam diri, akan timbul isu-isu yang akan disuarakan nanti bagi menyalahkan pihak lain dalam soal ini.  Kita tengok sahaja nanti!

PAS Mungkin keluar pakatan?

PAS mungkin keluar pakatan
Maka berkata Haji hadi bahawa PAS mungkin akan keluar dari pakatan seandainya pakatan bersama DAP dan PKR merugikan agama Islam.   Entahlah, merugikan Islam atau kerana merugikan parti, kerana sudah ramai yang mendesak agar PAS keluar dari pakatan.



Ataupun, kerana sudah ada hukum yang dikeluarkan iaitu, memberi undi kepada PAS adalah haram!  



Walau apa-apa pun, PAS sememangnya sudah pun rugi sekarang.  Jika PAS keluar dari pakatan sekarang, masih sempatkah lagi untuk mereka menyusun atur calon untuk diletakkan di DUN dan Parlimen?  Atau terpaksa mengambil calon secara bidan terjun nanti?



Jika mereka tidak keluar dari pakatan sekarang, mereka akan rugi bila PRU13 nanti, kerana ramai yang tidak akan memberi undi kepada mereka kerana masih bersubahat dengan DAP dan PKR.



Yang menariknya, sewaktu memberi ceramah di Kg. Banggol Peradong, di mana asal terbitnya amanat Haji Hadi, Haji Hadi tidak sedikit pun menyentuh soal kalimah Allah, walhal isu itulah yang di nanti-nantikan oleh para penyokong untuk mengetahui pendirian PAS.



Yang pasti, kata-kata Haji Hadi itu ( keluar dari pakatan ) mungkin hanya sekadar ingin memujuk dan mengambil hati para penyokong akar umbi sahaja.


Sabtu, 16 Februari 2013

Ahli Pas perlu sokong Majlis Syura






Kesemua ahli Pas perlu menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah tidak boleh digunakan penganut agama lain selain umat Islam.




Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (gambar) berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa mengarahkan pihak luar mematuhi pendirian majlis itu berhubung perkara tersebut.


"Pendirian terkini Majlis Syura Ulama Pas dalam isu ini adalah jelas dan disokong 100 peratus ahli-ahli Pas.

"Terpulang kepada pimpinan tertinggi pakatan pembangkang mengubah pendirian yang diumumkan sebelum ini atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Johor mengulas desakan pelbagai pihak yang meminta Pas menyatakan pendirian sama ada parti itu kekal dengan persetujuan bersama pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah atau akur dengan ketetapan Majlis Syura Ulama Pas.

Pada 8 Januari lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pendirian pakatan pembangkang yang menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Pendirian bersama pakatan pembangkang itu turut dipersetujui Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Walau bagaimanapun, Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz dan Mohamad mengubah pendirian masing-masing setelah mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan penganut agama lain.




Jumaat, 15 Februari 2013

PAS terus di persoal

Selagi PAS mengambil sikap berdiam diri berhubung persetujuan dalam pakatan pada 8hb Jan lalu, selagi itulah PAS akan didesak dan dipersoalkan berhubung isu kalimah Allah.  Seperti cakap Nik Aziz, beliau sudah tidak mahu campur tangan.  Jadi hanya tinggal Haji Hadi seorang diri sahaja sekarang.

Sememangnya, PAS benar-benar tersepit sekarang ini, di antara kehendak penyokong akar umbi PAS ( mahupun untuk menarik pengundi baru ) dan juga kehendak pakatan DAP dan PKR.

Ini adalah ujian terbesar bagi PAS, dan juga akan menjadi dalil kepada seluruh rakyat Malaysia, sama ada PAS akan memilih untuk berjuang bagi menegakkan agama Islam dan memelihara kesucian kalimah Allah, atau terpaksa akur dengan desakan pakatan, terutama DAP, dan memilih perjuangan politik semata-mata.

Seperti PAS Kedah yang kepanasan dengan isu penggondolan tanah hutan untuk pembalakan, Nik Aziz dan Haji Hadi juga sudah kepanasan sekarang dalam membuat keputusan.

Walau apa-apa pun, PRU13 sudah tidak lama lagi.  PAS akan senasib dengan DAP ( Guan Eng ), kerana masing-masing mengambil sikap berdiam diri.  Yang pasti, nasib mereka sebenarnya terletak ditangan pengundi-pengundi sekarang ini.

Artikel penuh :

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pas terus didesak menyatakan pendirian sebenar mereka sama ada selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti atau majlis kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang berhubung isu... 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik#ixzz2KywNPxvI

Kalimah Allah: Lagi desak Haji Hadi

KOTA BHARU 14 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus didesak menarik balik pendiriannya bersama pakatan pembangkang sebelum ini yang bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam. 

Nak buat macam mana, ditelan mati mak, diluah mati bapa, begitulah keadaan PAS sekarang.  Benarlah kata orang, hidup ini umpama roda, kejap kat atas, kejap lagi kat bawah.  Hari ni kita hina orang, besok-besok orang hina kita balik.  

Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel 'Ulama Pewaris Nabi', maaf saya katakan, ulama-ulama sekarang, ramai yang cenderung kepada politik.  Hanya segelintir sahaja yang benar-benar menghayati agama Islam dan tidak menceburkan diri dalam politik.

Akhirnya, ini lah yang jadi kepada PAS, dan maafkan saya sekali lagi, jika saya katakan, bila terjadi begini, lambat laun orang ramai akan hilang kepercayaan kepada para ulama.  Dan bila sudah hilang kepercayaan kepada ulama, lambat laun, akan terhakis juga kepercayaan kepada agama Islam!



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik#ixzz2KytPQGkY

Benar! Beri Undi Pada PAS Haram.


Semakin hari semakin banyak kenyataan yang mengatakan memberi undi kepada PAS adalah haram.  Ini adalah kerana PAS masih bersubahat dengan DAP.    

Namun begitu, biarpun semakin hari semakin banyak dan lantang kenyataan yang mengatakan memberi undi pada PAS adalah haram, Nik Aziz dan Haji Hadi hanya mengambil sikap berdiam diri sahaja.  Apatah lagi yang mengeluarkan kenyataan adalah para ulama, guru-guru pondok, malah bekas pengasas PAS sendiri.

Seperti yang telah saya nyatakan di dalam artikel-artikel saya sebelum ini, mungkin PAS ingin mengambil langkah seperti Guan Eng, mengambil sikap berdiam diri, dan mencari isu-isu lain bagi mengalih perhatian orang ramai.

Berikut adalah petikan artikel berkenaan yang disiarkan di dalam akhbar Utusan.

KOTA BHARU 14 Feb. - "Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram."
Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.
Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.
"Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.
"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130215/po_02/Benar-beri-undi-kepada-Pas-haram#ixzz2KyqIKTJo 

Khamis, 14 Februari 2013

Tun M jawab isu UMNO tipu PAS


Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan UMNO tidak pernah menipu atau menjadi punca perpecahan Pas sehingga membuatkan parti tersebut mengambil langkah keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 1978.

Menurut bekas Perdana Menteri, apa yang dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas telah ditipu UMNO semasa parti itu berada dalam BN adalah tidak benar malah tidak dijelaskan secara terang.

''Saya sebagai menteri dalam Kabinet Tun Hussein (Allahyarham Tun Hussein Onn) ketika Pas keluar daripada BN. Saya juga ada dalam Kabinet Tun Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) bersama Presiden Pas, Datuk Mohd. Asri Muda dan Datuk Hassan Adli semasa Pas menyertai BN.

''Mohd. Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian serta bertanggungjawab terhadap Felda. Setelah beberapa bulan Pas berada dalam BN, ahli-ahli UMNO Johor membuat aduan kepada Tun Abdul Razak dalam majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung UMNO bahawa Mohd. Asri giat mempromosikan Pas terhadap peserta Felda. Saya berada di sisi Tun ketika itu,'' katanya menerusi blognya, http://chedet.cc.

Dr. Mahathir menambah, ketika itu, secara kebetulan hampir semua peserta Felda terdiri daripada penyokong kuat UMNO dan tindakan sedemikian membuatkan peserta Felda mula menolak UMNO.

''Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat penyertaan Pas tidak menolong BN. Ia hanya untuk memberi peluang kepada Pas mengembangkan pengaruh dalam kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

''Di waktu itu timbul sengketa antara Mohd. Asri sebagai ketua Pas dengan Datuk Mohd. Nasir sebagai Menteri Besar untuk ganti Mohd. Asri. Mohd. Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan Mohd. Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan,'' ujarnya.

Katanya, Mohd. Asri cuba menyingkirkan Mohd. Nasir melalui undi tidak percaya dan walaupun kalah, Mohd. Nasir enggan meletak jawatan.

Jelasnya, ramai ahli Pas memihak kepada Mohd. Nasir dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Mohd. Asri.

''Kerana Pas berpecah, Kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan. Pada Mac 1978, pilihan raya peringkat negeri diadakan di Kelantan.

''Mohd. Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan Pas. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga memenangi 11 kerusi. Pas memenangi hanya dua kerusi,'' katanya.

Menurut Dr. Mahathir, perpecahan dalam Pas bukan kerana UMNO tetapi kerana Mohd. Nasir mencabar kepemimpinan Mohd. Asri.

''Kekalahan Pas menyebabkan Pas keluar daripada BN. Tidak ada penipuan oleh UMNO. Walau apa pun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai, orang Islam disuruh oleh agama supaya menyambut seruan kedamaian.

''Orang Islam disuruh bersatu padu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatu padu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas,'' katanya.

PAS dan DAP Bercakaran?

Kalau kita lihat, kebelakangan ini, tidak habis-habis pertelingkahan antara Karpal Singh dan pemimpin-pemimpin PAS.  Isu pokok adalah kuasa siapa yang paling besar, Karpal Singh atau Majlis Syura Ulama PAS.

Sebagai seorang peguam, Karpal Singh sepastinya tidak akan mengaku kalah.  Apatah lagi hujah beliau yang kukuh berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah yang telah dipersetujui pakatan pada 8hb Jan yang lalu.

Dan begitu juga para pemimpin PAS.  Keputusan Majlis Syura adalah muktamad.  Seandainya mereka kalah atau akur kepada desakan Karpal, bermakna sekali lagi mereka akan membuat U-turn.  Dan ini akan terus-terang menampakkan pendirian mereka yang tidak tetap dan setentunya hanya menjadi pak turut kepada DAP.  Ini boleh merosakkan kepercayaan penyokong akar umbi mereka yang kini sudah pun berbelah bahagi, dan mendesak Majlis Syura supaya menyatakan pendirian mereka.  Mahu tidak mahu, Majlis Syura harus berpegang kepada keputusan mereka.  Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Karpal.

Semakin dekat dengan PRU13, semakin terserlah perselisihan antara pemimpin PAS dan DAP.  Sememangnya sudah tiada pakatan antara PAS dan DAP.  Yang perlu PAS lakukan sekarang hanyalah keluar dari pakatan, semudah itu sahaja!


Harun Tempelak Karpal


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan beliau tidak rela Pengerusi DAP, Karpal Singh campur tangan dalam urusan Majlis Syura Ulama parti itu.
Menurut Harun, Karpal tidak boleh campur tangan dalam urusan Majlis Syura Ulama Pas walaupun Pas dan DAP berada dalam satu pakatan.

''Saya tak suka orang lain ataupun dia campur tangan.
''Saya harap Karpal jangan lagi campur tangan hal dalaman Majlis Syura Ulama. Saya pun malas nak melayan dia," tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal yang menganggap dakwaan Majlis Syura Ulama menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai spekulasi semata-mata.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengenai penolakan Majlis Syura Ulama parti itu berkaitan pelantikan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Karpal juga mahu Majlis Syura Ulama Pas menghormati keputusan bersama yang dicapai oleh pemimpin pakatan pembangkang tentang isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Selain kenyataannya hari ini, pada 3 Februari lalu Harun turut menyanggah tindakan Karpal apabila Pengerusi DAP itu cuba mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Harun menegaskan, Karpal tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman parti lain dan dalam masa sama mempertikaikan kelayakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memberikan pandangan dalam isu tersebut.

Harun seterusnya berkata, soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon, tidak kira sama ada Anwar atau Abdul Hadi.

Beliau meminta semua pihak supaya 'bersabar' dan menunggu berlangsungnya pilihan raya umum untuk mengetahui siapa sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti.

"Sebenarnya saya tak boleh jawab sekarang. Kita tunggu pilihan raya nanti. Yang pasti, calon yang menjadi Perdana Menteri adalah berdasarkan populariti.

"Siapa yang dapat sokongan ramai atau paling popular, tak kira Anwar atau Abdul Hadi, dialah yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya.


Rabu, 13 Februari 2013

DAP Yakin PAS Sokong Anwar

Maka berkatalah Karpal Singh yang PAS akan tetap menyokong keputusan pakatan pembangkang yang memilih Anwar sebagai Perdana Menteri seandainya pembangkang memenangi PRU13 nanti.

Beliau menganggap dakwaan Majlis Syura PAS menolak Anwar sebagai Perdana Menteri adalah spekulasi semata-mata.

Terpulanglah kepada Karpal untuk membuat apa-apa andaian.  Tetapi beliau sepatutnya sedar dan tahu apa yang dirungut oleh penyokong PAS dari akar umbi.  Yang penting kita tunggu dan lihat sahaja nanti bila tibanya PRU13 nanti!

Ulama Kelantan Isytihar Haram Undi PAS Pada PRU13

Para ulama, tok guru pondok, imam, dan ustaz muda yang menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan semalam membuat pengisytiharan memberi undi kepada PAS pada pilihan raya PRU13 adalah haram!

Sememangnya Allah itu Maha Adil.  Jika dulu PAS pernah menyatakan memberi undi kepada BN adalah haram dan menuduh UMNO kafir, maka kali ini ianya terkena atas batang hidung PAS sendiri.  Apatah lagi, sebagai yang mengaku 'ulama' sepatutnya mereka harus menjaga kata-kata dan perbuatan mereka.

Banyak tindakan dari pemimpin PAS yang tidak mencerminkan pandangan mereka sendiri.  Sebagai contoh sambutan maulidur rasul yang dilarang, tetapi Nik Aziz sendiri menyambut hari jadi.  Dan ada juga antara mereka yang senang-senang mengeluarkan hukum mereka sendiri dan mengubahnya bila perlu.

Kini, semuanya berbalik kepada diri mereka sendiri.   Seandainya PAS masih lagi berkeras untuk berada di dalam Pakatan, ini akan memakan diri mereka sendiri.  Namun, kita tengoklah nanti, seperti yang telah saya nyatakan, tiada kebetulan di dalam Islam.  Seandainya PAS naik kerana agama Islam, tidak mustahil PAS akan jatuh juga kerana agama Islam.  Apatah lagi PAS dengan sewenang-wenangnya mempergunakan agama Islam untuk politik, dan bukannya menggunakan politik untuk memperjuangkan agama Islam.

Sebagaimana keadaan DAP yang sudah tersepit sekarang ini, begitu juga keadaan dengan PAS.  Dengan tempoh masa PRU13 yang sudah hampir benar, tiada apa-apa lagi yang mampu PAS lakukan untuk memperbaiki keadaan.

Seandainya dari dulu lagi pemimpin PAS mendengar keluhan dan rungutan dari penyokong akar umbi, PAS masih ada masa lagi untuk memperbaiki keadaan.  Sebagai contoh, menyatakan pendirian yang teguh berkenaan isu kalimah Allah, dan bertindak tegas terhadap gesaan Karpal Singh terhadap Majlis Syura.  

Dan begitu juga tentang amanat Haji Hadi, sepatutnya ia ditarik balik, dan Haji Hadi boleh memohon maaf.  Tetapi pemimpin PAS tidak pernah tahu psikologi orang-orang Melayu ( Islam).  Mereka lembut hati, dan mudah memaafkan.  Tetapi pemimpin PAS masih berdegil dan masih menganggap apa yang mereka lakukan semuanya betul, dengan alasan mereka ialah ulama.

PAS harus ingat, parti mereka naik kerana sokongan orang ramai, bukan dari sokongan beberapa kerat pemimpin sahaja.  Tanpa penyokong, apalah yang ada pada sesebuah parti!  Tapi kini semuanya sudah terlambat buat PAS.

Beri undi kepada Pas haram?


     Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam)," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

"Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

"Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

"Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," tegasnya.
Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk 'Bible dalam bahasa Arab' yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

"Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.

"Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta," tambahnya.

Selasa, 12 Februari 2013

Ahli Pas diingat jangan undi pakatan pembangkang



Ahli-ahli Pas diingatkan jangan memberikan undi mereka kepada calon parti itu dan calon rakan sekutu mereka iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum akan datang selagi Pas kekal dalam pakatan pembangkang.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali (gambar) yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, langkah itu penting bagi memastikan kelangsungan institusi Islam dan Melayu terus dimartabat di negara ini.

"Ahli dari bawah perlu mendesak pemimpin Pas mengambil langkah menyelamatkan parti itu daripada terus menjadi kuda tunggangan DAP serta PKR dan yang lebih penting menyelamatkan maruah Islam dan kesucian perjuangan dengan keluar pakatan pembangkang.

"Jika opsyen itu gagal, ahli dan penyokong Pas tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tanpa ada syak dan ragu, jangan memberi undi kepada calon pakatan pembangkang, sebaliknya memilih calon Islam Melayu yang benar-benar dapat memartabatkan Islam di luar pakatan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Isyarat Buat Guan Eng!



Lebih 80,000 orang telah menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.  Dan nampak gayanya, gesaan Guan Eng supaya orang ramai memakai baju merah, kuning dan hijau tidak dihiraukan langsung oleh orang ramai.  Orang ramai lebih suka untuk bertemu dan beramah mesra dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib.  Di samping menonton persembahan Psy dan juga Shila.

Apa-apa pun, ini adalah satu isyarat yang jelas buat Guan Eng, bahawa pengaruh beliau semakin berkurang.  Suka saya nyatakan, yang ramai-ramai menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang, hanya berapa kerat sahaja yang benar-benar berhimpun untuk menyokong.  Yang ramai hanyalah untuk mendapatkan t-shirt free dan sedikit elaun jika ada.  Dan tidak kurang juga yang hanya ingin berseronok dan ingin menjadi penonton semata-mata.

Yang boleh Guan Eng lakukan sekarang ialah mengakui kesalahan dan cuba memperbaiki apa yang telah rosak!  Tetapi dengan jangkamasa PRU13 yang semakin hampir, nampak gayanya Guan Eng sudah tidak sempat berbuat apa-apa lagi.  Hanya menunggu kekalahan teruk semasa PRU13 nanti sahaja!

Isnin, 11 Februari 2013

Penyokong PR sokong tanpa kira bangsa?



Lim Guan Eng
     Nak tergelak rasanya apabila membaca artikel 'Penyokong PR sokong tanpa kira bangsa' seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian.
     Antara kenyataan  Guan Eng kepada wartawan Sinar Harian yang menarik minat saya adalah :
“Saya yakin penyokong PR dan pengundi amnya akan memilih calon yang mana boleh menjamin kebebasan, keadilan, kebenaran dan demokrasi dalam negara tanpa memilih kaum demi kepentingan nasional.

“Kalau nak undi Barisan Nasional mestilah penyokongnya mengikut kaum. Sebaliknya, penyokong PR dan masyarakat umum tentulah akan memilih calon yang sentiasa memberikan keprihatinan isu rakyat,”

     Kita tengoklah nanti, dengan isu kalimah Allah, apakah penyokong PAS akan menyokong DAP.  Dan begitu juga dengan isu pemilihan CEC, apakah kaum India dan Cina akan menyokong DAP.

     Keprihatinan isu rakyat? Banyak yang 'dijanjikan' di dalam manifesto pembangkang yang tidak ditunaikan, seperti elaun warga emas, elaun surirumah, subsidi air, elaun ibu tunggal dan banyak lagi.

     Malas nak komen apa-apa.   Tetapi pembaca boleh nilai sendiri apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang ini dan juga di Selangor.

     “Saya yakin penyokong DAP akan memberi sokongan penuh kepada calon yang mewakili Pas dan PKR yang bertanding pada PRU akan datang berdasarkan manifesto PR, bukannya memilih calon berdasarkan bangsa," katanya.

     Menteri Besar Selangor , pula kata manifesto bukan janji.  Habis tu, apa yang pakatan nyatakan dalam manifesto untuk PRU13 nanti, tak usah dengar dan tak usah pakai! Sebab kalau dia orang kata apa-apa pun, bermakna dia orang tidak berjanji untuk tunaikan!  Jadi, parti apa ini?  Atau secara jujurnya, pakatan sebenarnya tidak mahu berjanji apa-apa, kerana tujuan mereka hanyalah untuk berebut mendapat tempat di Putrajaya dan melampiaskan agenda masing-masing sahaja!



Happy Chinese New Year

Happy Chinese New YearUlalala!  Happy Chinese New Year!  Saya ucapkan kepada semua yang menyambutnya.  Tumpang seronok juga, sebab time begini selalu dapat hadiah limau dari kawan-kawan berbangsa Cina. Terimakasih semua!

PRU13: PDRM yakin tidak akan ada 'Arab Spring'


PRU13

PASIR PUTEH -  Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika terdapat campur tangan pihak asing semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
  
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, sehingga ini polis sedang memantau kemungkinan itu.
  
"Setakat ini tiada maklumat pihak asing campur tangan dalam hal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keselamatan jalan
raya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan ketua polis daerah.

Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak tentang kemungkinan berlaku campur tangan asing dalam PRU-13 berasaskan keadaan politik semasa.

Mengenai kebimbangan kemungkinan pihak pembangkang melakukan kegiatan 'Arab Spring' jika tewas pada PRU13, beliau yakin ia tidak berlaku kerana tahap
kesedaran rakyat terhadap kepentingan keselamatan negara semakin meningkat.
 
Katanya polis sudah siap sedia untuk menghadapi PRU13 dan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut undang-undang
yang digariskan.

 Beliau berkata, polis juga memerlukan kerjasama orang ramai bagi membolehkan proses pilihan raya di negara ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak
diingini. - Bernama

Ahad, 10 Februari 2013

Majlis Syura Tolak Anwar


   Tercetus khabar bahawa Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri seandainya pakatan pembangkang memenangi PRU13 nanti.  Ini ditambah lagi dengan khabar angin tentang wujudnya perbincangan berkaitan perkara tersebut sewaktu Nik Aziz menyambut harijadinya di rumah Karpal Singh.

     Pendapat peribadi saya, ini semua sememangnya telah pun dirancang dengan sempurna oleh DAP.  Nak tahu kenapa?  Kita ambil satu contoh senario berikut. Seandainya pakatan pembangkang memenangi PRU13 nanti, akan wujud pertelingkahan berkenaan siapa yang layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri kerana PAS mahukan Haji Hadi, manakala PKR pula mahukan Anwar.  Dan DAP juga kononnya mahukan Anwar atas dasar ia seorang melayu dan beragama Islam.

     PAS pastinya tidak akan sesekali menerima Anwar sebagai Perdana Menteri, dan begitu juga PKR dan DAP pasti sesekali tidak akan dapat menerima Haji Hadi sebagai Perdana Menteri.  Oleh kerana tidak dapat melantik Perdana Menteri, maka seseorang harus dilantik sebagai pemangku.   Dan, tahukah kita siapa yang paling berkuasa dan dominan dalam pakatan?  Semestinya DAP.  Maka tidak mustahil DAP akan melantik seseorang dari DAP untuk memegang jawatan pemangku atau pun tidak mustahil sebagai Perdana Menteri.  Mungkin juga dengan bilangan kerusi yang mereka ada, melayakkan mereka melantik seseorang dari DAP untuk menjadi Perdana Menteri.


     Kita sudah dapat melihat, apa yang terjadi di Pulau Pinang.  Mungkin kita tidak akan boleh menggunakan nama Malaysia sewenang-wenangnya tanpa kelulusan Perdana Menteri.  Akan wujudkah lagi rumah kos rendah mampu milik yang berharga RM200,000 ke bawah.  Mungkin juga kalimah Allah akan digunakan sewenang-wenangnya.  Bagaimana pula dengan aktiviti-aktiviti agama Islam.  Dan mungkin juga bila PRU14 menjelang tiba, tidak dibenarkan pula sepanduk-sepanduk atau bendera parti selain dari DAP yang akan dibenarkan digantung.
     
    Seandainya terjadi sedemikian, tiada guna lagi perkara ini untuk dibawa ke mahkamah atau sebagainya.  Jadi, dalam hal ini, siapa yang sebenarnya yang rugi?  Tidak lain tidak bukan ialah orang-orang Melayu dan Islam, dan juga seluruh rakyat Malaysia yang sukakan keamanan dan yang mahu hidup dalam harmoni.

Sabtu, 9 Februari 2013

Ariel Sharon : Berita Terkini

Menurut sumber, Ariel Sharon sudah tidak lagi berada di dalam koma, malah sudah dapat memberi tindakbalas apabila ditunjukkan foto keluarga.  Dan juga memberi tindakbalas apabila mendengar rakaman suara anak lelakinya.

Setelah 7 tahun berada di dalam keadaan koma,  kerana mendapat stroke yang teruk pada 4 Jan. 2006, akhirnya beliau bangkit dari koma apabila dapat memberi sedikit tindakbalas.

Bermacam-macam cerita yang kita dengar tentang keadaan Ariel Sharon, ada yang memaparkan foto Ariel Sharon yang seumpama firaun, malah ada juga yang menyatakan semasa hampir koma, Ariel Sharon sempat menceritakan kepada setiausahanya tentang apa yang dialaminya iaitu balasan kerana menganiayai penduduk Palestine.

Sememangnya, biasalah keadaan semacam itu.  Sudah banyak kali saya mengalami /mendengar peristiwa di mana, seseorang yang sakit tenat yang sudah menghampiri  saat-saat kematiannya, namun Allah telah memberi peluang dengan 'menyihatkan' seseorang itu dalam jangkamasa waktu yang singkat.  Sekadar memberi peluang untuk mereka menikmati sisa-sisa hidup mereka.  

Pernah saya mendengar cerita dari saudara saya sendiri, di mana ibunya yang pada mulanya tenat, tetapi disaat-saat akhirnya, menjadi sihat sedikit, malah sempat meminta makanan seperti teh o dan nasi.  Malah beliau dapat makan dengan berselera sekali.  Namun begitulah hakikatnya.  Keesokan harinya, beliau meninggal dunia.

Berbalik kepada Ariel Sharon, saya amat yakin, masa untuk beliau berada di dunia ini sudah tidak lama.  Selama 7 tahun beliau tersiksa di alam lain.  Tidak di bumi, malah tidak juga di langit kerana kezaliman beliau.  Tunggu sahajalah nanti, sekejam manapun seseorang itu, pasti akan mati jua.

Rujuk Artikel :Hospital: Ariel Sharon responded to family photos, not in coma

Jumaat, 8 Februari 2013

Tabung Memali: C.N. Al-Afghani Lapor Polis

Tabung Memali: C.N. al-Afghani lapor polis

Elok sangatlah, kalau dah lapor polis.  Setelah sekian lama didesak oleh pemimpin-pemimpin PAS.  Mungkin masa lama diambil oleh C.N. al-Afghani untuk melapor kepada polis adalah kerana ingin mengumpul bukti untuk dakwaan wang Tabung Memali    telah diselewengkan.

Namun begitu, yang menimbulkan persoalan, mengapa hanya beliau sahaja yang berani membuat pendedahan?  Amat molek sekiranya waris-waris mangsa yang terlibat dalam tragedi Memali tampil kehadapan dan bersuara.

Kalau boleh, para wartawan perlulah menyelidik dan mencari waris-waris mangsa yang terlibat dan siasatlah apa yang sebenarnya berlaku.  Setentunya, kita semua ingin tahu, apa yang sebenarnya telah berlaku.

Ambiga perlu siasat CEC DAP



S.Ambiga didesak untuk membuat siasatan terhadap pemilihan CEC DAP, agar pemilihan CEC yang dijalankan oleh DAP benar-benar BERSIH.  Lihat artikel 'Pengerusi Bersih perlu siasat CEC DAP'.

Kita pakat-pakat tengok nanti, apa pula komen Ambiga.  Bagaimana pula agaknya dia nak menjawab dalam isu pemilihan CEC ni.  Jika beliau selalu mendesak orang ramai supaya memastikan pilihanraya, mahupun senarai daftar pemilih benar-benar bersih.  Maka beliau juga seharusnya  menyiasat pemilihan CEC DAP, supaya beliau benar-benar boleh dianggap sebagai seorang yang telus, adil dan layak untuk menjadi Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.

Jika Ambiga menolak untuk menyiasat atau hanya berdiam diri, maka sesungguhnya, kita akan tahu sikap sebenar Ambiga!

ABIM Hina Isteri Rasulullah?

Abim hina isteri Rasulullah

Blog Malaysia News Network berkata pertubuhan itu (ABIM) jelas mempersendakan Saiditina Khadijah apabila ABIM menganugerahkan Anugerah Saiditina Khadijah kepada Datin Seri Wan Azizah.

Atas dasar apa agaknya yang melayakkan Wan Azizah untuk menerima anugerah tersebut?  Dengan suaminya yang banyak dengan isu moralnya.  Dan jika kita lihat kebelakangan ini, dengan pelbagai isu yang timbul menjelang PRU13, hampir tiada sebarang kenyataan yang keluar dari mulut Wan Azizah.  Dalam isu kalimah Allah, pemilihan CEC, gangnam style dan banyak lagi.  Jadi, atas dasar apa?

Agak elok sekiranya anugerah tersebut diberikan kepada isteri pemimpin dari parti PAS, kerana sememangnya, kita sedia maklum, PAS adalah parti yang dikatakan memperjuangkan agama Islam.  Adakah PKR atau Anwar memperjuangkan agama Islam?  Atau anugerah tersebut diberikan kepada Wan Azizah, atas dasar kerana Anwar ingin membawa 'Arab Spring' ke dalam negara ini?

Khamis, 7 Februari 2013

Nik Aziz, Nasharudin dan Karpal Singh: Kisah Isteri Tua dan Isteri Muda

Kisah Isteri Tua dan Isteri Muda


Maka berkatalah Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bahawa PAS cukup sayang dengan DAP.  PAS takut kalah PRU13 jika keluar dari Pakatan. PAS sanggup 'ceraikan' Nasharudin, tapi tidak mungkin dengan Karpal Singh (DAP).

*******************************************

Nasharudin sudah lama dalam PAS, maka sesuailah Nasharudin ni, kita anggap sebagai isteri tua.  Manakala Karpal Singh (DAP) ni, isteri muda, sebab baru berkerjasama dalam Pakatan dengan PAS dan PKR.  Dan dah jadi lumrah dunia, siapa yang tak sayang isteri muda.  Isteri muda ni banyak kelebihan!  Sama juga macam Karpal Singh, dalam perundangan pun dia cerdik, dia pun tegas.. Lebih tegas dari Haji Hadi dan Nik Aziz.

Dari segi layanan?  He..he..he... macam Tun cakap juga la.... Karpal Singh siap buat kek harijadi lagi, dan jemput Nik Aziz berkunjung ke rumah!  Tapi, tak pernah pula kita dengar mana-mana pemimpin PAS yang buat sambutan harijadi ( termasuk Nasharudin sendiri ) untuk Nik Aziz.  Ini lah kelebihan beristeri muda!


Tapi ingat! Adat dunia, kalau sang suami dah jatuh sakit, dan nazak, siapakah agak-agaknya yang akan sanggup menjaga sang suami yang sedang sakit?  Isteri muda?  He..he..he.. biasanya, yang muda ni akan cari pengganti yang lain.  Akhirnya, isteri tua jugalah yang akan menjaga sang suami hingga ke akhir hayat!


Sepatutnya Nasharudin kena tanya Nik Aziz, dia kena cerai talaq berapa.  Kalau talaq tiga, maknanya kena la cari 'cina buta' dulu. He..he..he....

Rabu, 6 Februari 2013

Nasharudin Terima Surat Pemecatan


Alhamdulillah, pukul 10.31 pagi tadi saya menulis pasal surat pemecatan Nasharudin dan juga Nasharudin yang perlu menghantar surat jika ingin merayu untuk menyertai semula Majlis Syura Ulama, tidak semena-mena, petang tadi Nasharudin telah menerima surat pemecatan secara rasmi dari Majlis Syura Ulama.


Yang menariknya, surat tersebut bertarikh 14 Jan,  manakala tarikh cop pejabat POS pula ialah 30 Jan.  Saya tidak dapat mendengar dengan teliti sama ada ianya dipos menggunakan pos laju atau pos express.  Namun saya menjangkakan ianya dipos menggunakan sampul pos express kerana ianya lebih mudah.  Dan biasalah, kalau menggunakan pos express, paling lewat pun 5 hari bekerja.


Yang menjadi persoalannya, mengapa hanya baru dipos?  Setelah 16 hari berlalu?  Atau tarikh pada surat tersebut adalah tarikh palsu?  Kerana ada blog yang mengatakan surat pemecatan Nasharudin telah 'dihilangkan' atau telah disabotaj.  Tetapi mengapa pula Nik Aziz mengatakan tidak perlu surat-menyurat, setelah pemecatan itu diumumkan oleh beliau sendiri?  Dan seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz, seperti membayangkan pada hakikat sebenarnya, surat pemecatan tersebut tidak pernah wujud pada awalnya.


Mungkin kerana desakan pelbagai pihak, atau jika diambil tindakan di mahkamah, pemecatan tersebut tidak akan sah tanpa surat pemecatan yang rasmi?

Walau apa-apa pun yang berlaku, pastinya kemunculan surat pemecatan ini akan menimbulkan satu lagi kemelut di dalam PAS.

Isu Gangnam Style Di Pulau Pinang

Isu Gangnam Style di Pulau Pinang


Apa hebatnya Gangnam Style?


Heboh juga pasal gangnam style di Pulau Pinang.  Bukan takat dunia je dilanda wabak gangnam style.  Dari budak kecik sampai mak bapak budak, dari watak kartun, hingga orang betul, semuanya terikut-terikut dengan gangnam style.  Sampai ramalan pasal kiamat pun dikaitkan dengan gangnam style.


Maka heboh la juga pasal Psy yang dijemput ke Pulau Pinang atas tiket sambutan Tahun Baru Cina.  Ramai yang menganggap ianya suatu pembaziran.  Bagi saya, memang ianya suatu pembaziran.  Dan maaflah jika saya katakan, agak silap juga bila pembangkang menegur pasal pembaziran ini, ianya dianggap mempolitikkan isu ini.


Pada pendapat saya, dengan sejumlah besar wang yang digunakan semata-mata untuk menjemput Psy datang ke Malaysia, adalah lebih baik jika ianya digunakan untuk membiayai artis-artis tempatan kita.  Mungkin dengan sejumlah besar wang yang digunakan itu, ianya dapat memberi peluang kepada lebih ramai artis kita untuk mengambil bahagian.  Artis kita pun apa kurangnya, tengoklah kalau ada undian sms, duit yang terkumpul sampai berjuta-juta.  Begitu hebatnya artis kita.

Semoga, isu gangnam style ini menjadi satu pengajaran buat mereka yang menjemput Psy datang ke Pulau Pinang.

Dan tentang gangnam style, sekali lagi maafkan saya, jika saya katakan, apa hebatnya dengan meniru gaya haiwan seperti kuda.  Kita ni manusia, bukan haiwan.   Kalau kuda dapat tiru kita, itu baru benar-benar hebat!  Ni orang yang dah puas jadi orang, tetiba menari gaya kuda!  Agak kesian bagi orang yang menyanjungi gangnam style, biarpun atas alasan ianya satu seni.