Isnin, 4 Februari 2013

DAP Sengaja Tidak Serah Dokumen


DAP tidak mahu mengemukakan penyata kewangan dan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) walaupun telah diberi arahan untuk berbuat demikian dalam tempoh 60 hari kerana bimbang akan disiasat secara menyeluruh.Seorang pemimpin kanan DAP Selangor yang enggan namanya disiarkan mendakwa, parti tersebut agak gusar dengan campur tangan ROS yang berkemungkinan besar akan menemui bukti terdapatnya unsur-unsur manipulasi dalam pemilihan CEC baru-baru ini.

   "Ini adalah sebab utama mengapa DAP sengaja mahu melengah-lengahkan usaha ROS untuk menyiasat kejadian silap kira undi, DAP memang sengaja tidak mahu menyerahkan sebarang dokumen kepada ROS."DAP juga sedia maklum andainya mereka ingkar arahan ROS, mungkin ROS mempunyai kuasa menggantung parti tersebut untuk tempoh tertentu. Setiausaha Agung, Lim Guan Eng seolah-olah tidak kisah dengan perkara ini walaupun telah diasak oleh beberapa pemimpin dan ahli DAP untuk segera menyerahkan dokumen berkaitan kepada ROS," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


  *********************************************************************************

     DAP mungkin sudah tersepit sangat sekarang, dengan isu kalimah Allah dan juga pemilihan CEC.  Kalau menurut kenyataan seorang pemimpin kanan DAP Selangor seperti di atas, nampak gaya macam Guan Eng takut segala unsur-unsur manipulasi semasa pemilihan CEC baru-baru ini akan diketahui umum.



   Dan juga, jika mereka ingkar, iaitu dengan tidak menghantar dokumen tersebut kepada ROS, mungkin ROS mempunyai kuasa untuk menggantung parti DAP, sehingga mereka (ROS) mendapat dokumen tersebut dengan perintah mahkamah barangkali ( sebab laporan polis sudah pun dibuat ), dan kemungkinan besar juga mereka (parti DAP) akan digantung untuk tempoh yang tertentu, sehingga siasatan selesai dijalankan.


  Cuma yang menjadi persoalan bagi saya, sekiranya ROS menggantung parti DAP untuk tempoh yang tertentu, apakah DAP masih boleh menyertai PRU13 nanti, sekiranya PRU13 berlangsung dalam tempoh waktu  parti DAP digantung?


  Apa yang boleh dilakukan oleh Guan Eng untuk mengelak dari semua ini berlaku, hanyalah dengan menyerahkan dokumen itu selepas PRU13, supaya jika ada unsur manipulasi sekali pun, ianya tidak akan menjadi apa-apa kepada DAP sebab PRU13 sudah berlalu.  Mungkin kerana ini jugalah, Khalid sengaja mengeluarkan kenyataan untuk membubar Dewan Undangan Negeri Selangor, dengan harapan Najib juga akan membubarkan parlimen, dan Guan Eng/DAP akan terselamat?


 Guan Eng pasti tidak akan meminta Kelantan yang dikuasai PAS untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan, kerana buat masa ini, DAP sedang bertelingkah dengan PAS dalam isu kalimah Allah.


  Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja nanti.  Sebab, masa untuk tempoh 60 hari itu, adalah lebih singkat dari masa yang perlu untuk Najib membubarkan Parlimen!
                                                                                                                                  -- Ma'thur al-Fijar

0 comments:

Catat Ulasan