Selasa, 12 Februari 2013

Ahli Pas diingat jangan undi pakatan pembangkang



Ahli-ahli Pas diingatkan jangan memberikan undi mereka kepada calon parti itu dan calon rakan sekutu mereka iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum akan datang selagi Pas kekal dalam pakatan pembangkang.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali (gambar) yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, langkah itu penting bagi memastikan kelangsungan institusi Islam dan Melayu terus dimartabat di negara ini.

"Ahli dari bawah perlu mendesak pemimpin Pas mengambil langkah menyelamatkan parti itu daripada terus menjadi kuda tunggangan DAP serta PKR dan yang lebih penting menyelamatkan maruah Islam dan kesucian perjuangan dengan keluar pakatan pembangkang.

"Jika opsyen itu gagal, ahli dan penyokong Pas tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tanpa ada syak dan ragu, jangan memberi undi kepada calon pakatan pembangkang, sebaliknya memilih calon Islam Melayu yang benar-benar dapat memartabatkan Islam di luar pakatan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


0 comments:

Catat Ulasan