Rabu, 13 Februari 2013

Ulama Kelantan Isytihar Haram Undi PAS Pada PRU13

Para ulama, tok guru pondok, imam, dan ustaz muda yang menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan semalam membuat pengisytiharan memberi undi kepada PAS pada pilihan raya PRU13 adalah haram!

Sememangnya Allah itu Maha Adil.  Jika dulu PAS pernah menyatakan memberi undi kepada BN adalah haram dan menuduh UMNO kafir, maka kali ini ianya terkena atas batang hidung PAS sendiri.  Apatah lagi, sebagai yang mengaku 'ulama' sepatutnya mereka harus menjaga kata-kata dan perbuatan mereka.

Banyak tindakan dari pemimpin PAS yang tidak mencerminkan pandangan mereka sendiri.  Sebagai contoh sambutan maulidur rasul yang dilarang, tetapi Nik Aziz sendiri menyambut hari jadi.  Dan ada juga antara mereka yang senang-senang mengeluarkan hukum mereka sendiri dan mengubahnya bila perlu.

Kini, semuanya berbalik kepada diri mereka sendiri.   Seandainya PAS masih lagi berkeras untuk berada di dalam Pakatan, ini akan memakan diri mereka sendiri.  Namun, kita tengoklah nanti, seperti yang telah saya nyatakan, tiada kebetulan di dalam Islam.  Seandainya PAS naik kerana agama Islam, tidak mustahil PAS akan jatuh juga kerana agama Islam.  Apatah lagi PAS dengan sewenang-wenangnya mempergunakan agama Islam untuk politik, dan bukannya menggunakan politik untuk memperjuangkan agama Islam.

Sebagaimana keadaan DAP yang sudah tersepit sekarang ini, begitu juga keadaan dengan PAS.  Dengan tempoh masa PRU13 yang sudah hampir benar, tiada apa-apa lagi yang mampu PAS lakukan untuk memperbaiki keadaan.

Seandainya dari dulu lagi pemimpin PAS mendengar keluhan dan rungutan dari penyokong akar umbi, PAS masih ada masa lagi untuk memperbaiki keadaan.  Sebagai contoh, menyatakan pendirian yang teguh berkenaan isu kalimah Allah, dan bertindak tegas terhadap gesaan Karpal Singh terhadap Majlis Syura.  

Dan begitu juga tentang amanat Haji Hadi, sepatutnya ia ditarik balik, dan Haji Hadi boleh memohon maaf.  Tetapi pemimpin PAS tidak pernah tahu psikologi orang-orang Melayu ( Islam).  Mereka lembut hati, dan mudah memaafkan.  Tetapi pemimpin PAS masih berdegil dan masih menganggap apa yang mereka lakukan semuanya betul, dengan alasan mereka ialah ulama.

PAS harus ingat, parti mereka naik kerana sokongan orang ramai, bukan dari sokongan beberapa kerat pemimpin sahaja.  Tanpa penyokong, apalah yang ada pada sesebuah parti!  Tapi kini semuanya sudah terlambat buat PAS.

0 comments:

Catat Ulasan