Ahad, 10 Februari 2013

Majlis Syura Tolak Anwar


   Tercetus khabar bahawa Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri seandainya pakatan pembangkang memenangi PRU13 nanti.  Ini ditambah lagi dengan khabar angin tentang wujudnya perbincangan berkaitan perkara tersebut sewaktu Nik Aziz menyambut harijadinya di rumah Karpal Singh.

     Pendapat peribadi saya, ini semua sememangnya telah pun dirancang dengan sempurna oleh DAP.  Nak tahu kenapa?  Kita ambil satu contoh senario berikut. Seandainya pakatan pembangkang memenangi PRU13 nanti, akan wujud pertelingkahan berkenaan siapa yang layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri kerana PAS mahukan Haji Hadi, manakala PKR pula mahukan Anwar.  Dan DAP juga kononnya mahukan Anwar atas dasar ia seorang melayu dan beragama Islam.

     PAS pastinya tidak akan sesekali menerima Anwar sebagai Perdana Menteri, dan begitu juga PKR dan DAP pasti sesekali tidak akan dapat menerima Haji Hadi sebagai Perdana Menteri.  Oleh kerana tidak dapat melantik Perdana Menteri, maka seseorang harus dilantik sebagai pemangku.   Dan, tahukah kita siapa yang paling berkuasa dan dominan dalam pakatan?  Semestinya DAP.  Maka tidak mustahil DAP akan melantik seseorang dari DAP untuk memegang jawatan pemangku atau pun tidak mustahil sebagai Perdana Menteri.  Mungkin juga dengan bilangan kerusi yang mereka ada, melayakkan mereka melantik seseorang dari DAP untuk menjadi Perdana Menteri.


     Kita sudah dapat melihat, apa yang terjadi di Pulau Pinang.  Mungkin kita tidak akan boleh menggunakan nama Malaysia sewenang-wenangnya tanpa kelulusan Perdana Menteri.  Akan wujudkah lagi rumah kos rendah mampu milik yang berharga RM200,000 ke bawah.  Mungkin juga kalimah Allah akan digunakan sewenang-wenangnya.  Bagaimana pula dengan aktiviti-aktiviti agama Islam.  Dan mungkin juga bila PRU14 menjelang tiba, tidak dibenarkan pula sepanduk-sepanduk atau bendera parti selain dari DAP yang akan dibenarkan digantung.
     
    Seandainya terjadi sedemikian, tiada guna lagi perkara ini untuk dibawa ke mahkamah atau sebagainya.  Jadi, dalam hal ini, siapa yang sebenarnya yang rugi?  Tidak lain tidak bukan ialah orang-orang Melayu dan Islam, dan juga seluruh rakyat Malaysia yang sukakan keamanan dan yang mahu hidup dalam harmoni.

0 comments:

Catat Ulasan