Sabtu, 2 Februari 2013

PAS Sudah Habis!!!

 



 Baru sebentar tadi saya menonton berita TV9, dan sememangnya, bagaikan dijangka, Karpal Singh dengan beraninya menyatakan bahawa, keputusan Majlis Syura Ulama PAS tidak boleh diambil kira kerana ianya hanya keputusan dari sebelah pihak sahaja.  Dan beliau tetap bertegas dengan keputusan yang dipersetujui oleh pakatan, iaitu boleh menggunakan kalimah Allah.

  Dan sememangnya, kita semua sudah sedia maklum, DAP dan PKR berani menegur dan menentang segala keputusan PAS yang tidak mengikut telunjuk mereka.  Kerana DAP adalah parti dominan dalam pakatan.  Begitu juga sewaktu isu kedai gunting rambut dan juga penangkapan khalwat orang bukan Islam, PAS terpaksa mengalah.  Begitu juga dalam kes negara Islam, PAS terpaksa tukar kepada negara berkebajikan.

   Ini photo yang saya dapat dari blog pilihan-anda.blogspot.com, berkaitan sambutan harijadi Nik Aziz



   Kalau Najib ke Gaza kerana ingin membantu umat Islam di sana dianggap hipokrit tahap durjana, macam mana pula dengan gambar kat atas.  Tak ada komen apa-apa ke dari ketua-ketua pemuda PAS? Jangan la berdiam diri dan bersikap hipokrit juga!

  Kini Karpal Singh tidak mahu menggunapakai keputusan Majlis Syura Ulama PAS, malah menegaskan kenyataan Presiden PAS, iaitu Haji Hadi bahawa isu kalimah Allah telah selesai dan DAP telah bersetuju/akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS, adalah tidak benar.  Jadi, siapa yang berbohong sebenarnya?  Haji Hadi kah, atau Karpal Singh kah?   Ho..ho..ho... satu tamparan hebat buat PAS!!! Kita tunggu dan lihat sahaja nanti, apa komen Haji Hadi dan Nik Aziz dalam hal ini.  Berani tak mereka menentang Karpal Singh nanti.  Atau perlu kena suruh Mat Sabu keluarkan pendapat dulu, untuk test power.. he..he...he...

  Nak buat macam mana, ulama yang tegas-tegas, semua dah kena pecat, dah tak ada taring nak menggigit.  Macam beberapa waktu dahulu, pemimpin PAS kata Najib yang kena bertanggungjawab dalam mempertahankan kalimah Allah, sebab dia pemimpin negara.  Amboi..amboi..amboi...senangnya dia orang nak lepaskan tanggungjawab!  Bukankah PAS adalah parti yang memperjuangkan agama Islam?  Dan bukankah PAS juga yang ingin mendirikan negara Islam? Dan bukankah PAS juga yang melabel UMNO sebagai kafir?  Apa cerita ni?  Mana perginya laungan jihad orang-orang PAS?  Tabik hormat pada mereka yang usung sepanduk tengah-tengah panas kerana mempertahankan kalimah Allah.  Bukan pada mereka yang syok-syok duduk dalam bilik aircond untuk buat keputusan, tapi keputusan dah tak laku dah sekarang!

   Kita tengok besok dan lusa nanti, apa komen dari pemimpin-pemimpin PAS.  Isu ini makin panas sekarang!  Ramai yang bertanya kepada saya,  kenapa baru sekarang menulis blog pasal politik.  Sememangnya, pada awalnya, saya tidak minat politik.  Tetapi, bila timbul isu kalimah Allah, memang sebagai orang Islam, saya tidak boleh berdiam diri.  Ada tanggungjawab di atas batang tengkuk saya untuk mempertahankan kesucian kalimah Allah.  Saya juga ada menghantar rencana kepada satu akhbar arus perdana tentang isu kalimah Allah, sebelum dari PAS buat U-turn, tapi tidak pula disiarkan, tak tahu la mengapa.  Bila dok bincang-bincang dengan member, member mengesyorkan untuk menulis blog, lagi senang.

  Sebenarnya, dalam isu kalimah Allah, pada hakikatnya PAS memang tidak bersetuju dengan pengunaan kalimah Allah.  Cuma kenyataan Haji Hadi yang perlu difahami betul-betul.  Tetapi Haji Hadi tidak berani untuk mengatakan 'tidak boleh untuk digunakan di dalam Bible Bahasa Melayu' sebagaimana yang digesa oleh Guan Eng. Kerana nak jaga hati Guan Eng, dan PAS masih perlu dengan pakatan dengan DAP.   Tetapi ini juga bahaya, sebab dalam kes yang asal, ialah penggunaan kalimah Allah di dalam bahan bercetak.  Jadi ini termasuklah bible bahasa melayu.

   Oleh kerana, kenyataan Haji Hadi menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong PAS sendiri, dan menyebabkan berlakunya perpecahan, maka terpaksa lah pemimpin PAS membuat U-turn.  Dengan tidak membenarkan pengunaan kalimah Allah.  Namun, nasi dah jadi bubur, sebab mereka lupa, masa mereka bersetuju dulu, mereka berada dengan Karpal Singh, sedangkan Karpal Singh adalah peguam tersohor.  Bak macam cerita orang putih, bila kena tangkap polis, mesti polis cakap, "

  • You have the right to remain silent.
  • Anything you say or do may be used against you in a court of law.

  Ini yang dipanggil 'Miranda Warning', sebab apa yang kita cakap atau buat akan diambil kira di mahkamah nanti.  Jadi pemimpin PAS sudah terperangkap dengan kata-kata mereka sendiri!  Itulah, kalau tidak berani mengatakan sesuatu yang benar secara terang dan jelas!

  Walau apa-apapun, kita tunggu sahaja lah komen dari Haji Hadi dan Nik Aziz tentang kenyataan terbaru dari Karpal Singh ini.  Nampak gayanya, sia-sia sahaja kunjungan Nik Aziz ke rumah Karpal Singh dan sambut hari jadi kat sana.  Kalau nak fikir-fikir, apa sebab agaknya Karpal Singh ajak Nik Aziz sambut hari jadi kat rumah dia, sebab perkara ni, mungkin tak pernah Nik Aziz buat.  Lepas tu, tup-tup Karpal Singh keluarkan kenyataan tegas macam tu.  Nampak sangat macam nak tunjuk kat orang ramai bahawa seorang tok guru, mursyidul am PAS lagi, sanggup ikut telunjuk Karpal Singh!

  InsyaAllah, jika ada masa, ada umur panjang, selepas saya menulis tentang isu tanah di Gua Musang, saya akan menulis pula satu ayat al-Quran tentang satu golongan yang ditinggikan darjatnya dengan menggunakan ayat-ayat Allah ( al-Quran ), tapi pada hakikat sebenarnya, mereka itu yakni golongan itu tidak ubah seperti........   

  Sengaja buat suspen, tunggu sahaja tulisan saya nanti..  Tapi ingat ! Pesan dan nasihat saya, bila baca tulisan saya berkenaan ayat al-Quran itu.  Saya cuma minta, kalian pembaca semua supaya membuka tafsir al-Quran, dan lihat sendiri pada ayat tersebut.  Ianya kata-kata Allah, dan semua kata-kata Allah adalah benar.  Cuma kita sahaja yang perlu menggunakan akal fikiran yang telah Allah berikan kepada kita untuk memahami dan memikirkannya.

  Salam sayang buat semua.. 

0 comments:

Catat Ulasan