Rabu, 6 Februari 2013

Nasharudin Terima Surat Pemecatan


Alhamdulillah, pukul 10.31 pagi tadi saya menulis pasal surat pemecatan Nasharudin dan juga Nasharudin yang perlu menghantar surat jika ingin merayu untuk menyertai semula Majlis Syura Ulama, tidak semena-mena, petang tadi Nasharudin telah menerima surat pemecatan secara rasmi dari Majlis Syura Ulama.


Yang menariknya, surat tersebut bertarikh 14 Jan,  manakala tarikh cop pejabat POS pula ialah 30 Jan.  Saya tidak dapat mendengar dengan teliti sama ada ianya dipos menggunakan pos laju atau pos express.  Namun saya menjangkakan ianya dipos menggunakan sampul pos express kerana ianya lebih mudah.  Dan biasalah, kalau menggunakan pos express, paling lewat pun 5 hari bekerja.


Yang menjadi persoalannya, mengapa hanya baru dipos?  Setelah 16 hari berlalu?  Atau tarikh pada surat tersebut adalah tarikh palsu?  Kerana ada blog yang mengatakan surat pemecatan Nasharudin telah 'dihilangkan' atau telah disabotaj.  Tetapi mengapa pula Nik Aziz mengatakan tidak perlu surat-menyurat, setelah pemecatan itu diumumkan oleh beliau sendiri?  Dan seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz, seperti membayangkan pada hakikat sebenarnya, surat pemecatan tersebut tidak pernah wujud pada awalnya.


Mungkin kerana desakan pelbagai pihak, atau jika diambil tindakan di mahkamah, pemecatan tersebut tidak akan sah tanpa surat pemecatan yang rasmi?

Walau apa-apa pun yang berlaku, pastinya kemunculan surat pemecatan ini akan menimbulkan satu lagi kemelut di dalam PAS.

0 comments:

Catat Ulasan