Isnin, 4 Februari 2013

Ahli DAP mahu Guan Eng minta maaf

     


     Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, David Das Aseerpatham mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang masih enggan mohon maaf dalam isu kalimah Allah.


     Guan Eng nak minta maaf?  Mimpi aja lah!  Tak kan la Guan Eng tetiba je nak merendahkan dirinya dan memohon maaf pula.  Apatah lagi Pengerusi DAP sendiri iaitu Karpal Singh sendiri cakap isu kalimah Allah ni belum selesai dan masih mendesak Majlis Syura supaya meneliti balik keputusan tidak membenarkan kalimah Allah.


     Apatah lagi, sahabat-sahabat Guan Eng dari PAS pun tak pernah nak belajar untuk memohon maaf.  Jadi tak kan la Guan Eng sanggup merendahkan maruah beliau lebih rendah dari PAS.  Apatah lagi, PAS adalah parti yang memperjuangkan agama Islam, jadi kalau PAS pun tak pernah nak minta maaf, buat apa Guan Eng nak minta maaf.


    Kalau Guan Eng minta maaf, bermakna juga DAP akur/setuju dengan keputusan Majlis Syura, iaitu kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.  Jadi, tak usah lah nak desak-desak Guan Eng, sebab kita semua pun tahu, Guan Eng tidak akan sekali-kali minta maaf kepada orang Islam.

0 comments:

Catat Ulasan