Rabu, 6 Februari 2013

Kalimah Allah: Hadi Salahkan KDN

 Kalimah Allah: Hadi Salahkan KDN  

   Kerana terlepas cakap dan membelakangkan Majlis Syura, nampak gayanya, Haji Hadi mula ingin menyalahkan orang lain pula. Selepas menyalahkan kerajaan, kali ini Haji Hadi menyalahkan KDN pula dalam isu kalimah Allah.  Kerajaan dari awal-awal lagi tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Tapi Haji Hadi dan Nik Aziz yang tidak tetap pendirian, kejap setuju dan kejap tidak.  Apabila didesak dengan tegas oleh Karpal Singh, Haji Hadi mula menyalahkan kerajaan dan KDN.

   Karpal Singh bukan desak kerajaan atau KDN, tapi Majlis Syura Ulama PAS.  Tak kan Haji Hadi tak faham?  Nik Aziz, awal-awal lagi sudah cakap tidak mahu campur tangan lagi!  Apatah lagi isu sambutan hari jadi di rumah Karpal Singh juga sudah menjadi satu isu buat beliau.  Nampak gayanya, Nik Aziz juga macam tidak mampu untuk berhadapan dengan Karpal Singh dan meninggalkan Haji Hadi sendirian untuk berhadapan dengan Karpal Singh.  Kita semua sedia maklum, lepas ini, kalau diminta komen lagi tentang Karpal Singh, tentu Nik Aziz akan kata, " Itu dia punya pasal"

     Atau, ini sebagai satu isyarat yang PAS sudah tidak berdaya untuk menentang DAP, dalam isu kalimah Allah, dan dengan menyalahkan kerajaan dan KDN, sebagai satu cara meminta 'bantuan' dari kerajaan.

0 comments:

Catat Ulasan