Jumaat, 15 Februari 2013

Benar! Beri Undi Pada PAS Haram.


Semakin hari semakin banyak kenyataan yang mengatakan memberi undi kepada PAS adalah haram.  Ini adalah kerana PAS masih bersubahat dengan DAP.    

Namun begitu, biarpun semakin hari semakin banyak dan lantang kenyataan yang mengatakan memberi undi pada PAS adalah haram, Nik Aziz dan Haji Hadi hanya mengambil sikap berdiam diri sahaja.  Apatah lagi yang mengeluarkan kenyataan adalah para ulama, guru-guru pondok, malah bekas pengasas PAS sendiri.

Seperti yang telah saya nyatakan di dalam artikel-artikel saya sebelum ini, mungkin PAS ingin mengambil langkah seperti Guan Eng, mengambil sikap berdiam diri, dan mencari isu-isu lain bagi mengalih perhatian orang ramai.

Berikut adalah petikan artikel berkenaan yang disiarkan di dalam akhbar Utusan.

KOTA BHARU 14 Feb. - "Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram."
Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.
Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.
"Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.
"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130215/po_02/Benar-beri-undi-kepada-Pas-haram#ixzz2KyqIKTJo 

0 comments:

Catat Ulasan