Rabu, 6 Februari 2013

Haji Hadi Perlu Tarik Balik Perjanjian 8hb Januari


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menarik balik perjanjian yang telah dibuat bersama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible Bahasa Melayu.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, perkara itu sepatutnya dilakukan Abdul Hadi selepas dapat kata sepakat dalam Majlis Syura Ulama.

“Perkara ini sepatutnya dilakukan kerana Pas perlu berpegang dengan prinsip asal mereka. Apabila sedar lakukan kesilapan, Pas betulkan perkara itu, hal ini sangat baik.


“Jika mereka sedar berada di dalam PR juga satu kesilapan, maka mereka perlu keluar dari pakatan itu,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Pim-pinan PR mencapai kata sepakat bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim 8 Januari lalu.

Sementara itu, Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan mengingatkan Pas bahawa mempertahankan Islam lebih penting daripada pertahankan pakatan itu, dan itu adalah wajah sebenar Pas.

"Hadi kini telah langgar perjanjian 8 Januari dibuat. Walaupun ia perkara tidak baik dalam pakatan politik, ia baik untuk perjuangan Islam dan pertingkat sokongan pengundi terhadap Pas," katanya.




******************************************************

Yang hairannya, mengapa susah sangat Haji Hadi untuk memberitahu Karpal Singh yang PAS harus menarik balik perjanjian pada 8hb Januari dulu.  Sedangkan senang-senang pula menyalahkan kerajaan dan KDN dalam isu kalimah Allah.  Mengapa tidak PAS menyalahkan Guan Eng kerana menimbulkan isu ini terlebih dahulu, dan menyalahkan Karpal Singh kerana masih mendesak Majlis Syura Ulama untuk mengkaji semula keputusan yang telah dibuat?

Inilah yang dikatakan, kuman di seberang laut nampak, tapi gajah kat depan mata, buat-buat tak nampak saja lah!

0 comments:

Catat Ulasan