Rabu, 6 Februari 2013

Pas: Majlis Syura boleh timbang jika Nasha rayu



Pas: Majlis Syura boleh timbang jika Nasha rayu

"Kalau dia hantar surat, kita akan mesyuarat, kita akan bincanglah macam mana"





Majlis Syura Pas sedia untuk berbincang dan menimbang semula pelucutan jawatan bekas anggotanya, Nasharudin Mat Isa sekiranya pemimpin itu membuat rayuan berhubung keputusan 13 Januari lalu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Pas sentiasa terbuka ke arah itu dan Nasharudin boleh berbuat demikian kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti.  


"Kita sangat-sangat terbuka. Tak ada masalah. Bagi Ustaz Nasha, beliau boleh merayu... tak ada masalah.

"Kalau dia hantar surat, kita akan mesyuarat, kita akan bincanglah macam mana," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin enggan mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Pas menimbang semula pelucutan Nasha sebagai anggota Majlis Syura.

Ujarnya, perkara itu sepatutnya dirujuk kepada Majlis Syura memandangkan keputusan itu dibuat oleh majlis berkenaan.

Hadi berkata, Ahli Parlimen Bachok itu masih boleh kekal sebagai ahli Pas berdasarkan penilaian yang dibuat parti itu ke atasnya meskipun beliau digugurkan dari Majlis Syura.

Tambahnya, dalam Pas, bukan suatu perkara yang pelik sekiranya seseorang yang dipecat boleh kembali memegang jawatan tertentu dalam parti itu.

Nasharudin pada minggu lalu menegaskan, beliau akan kekal sebagai ahli Pas untuk memastikan perjuangan asal parti itu dalam menegakkan syiar Islam dan membela orang Melayu tidak ‘dicairkan’ berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.

Mengulas perkara itu, Pas kata, Nik Zawawi senantiasa terbuka dan mengalu-alukan khidmat Nasharudin dalam meneruskan perjuangan parti Islam itu.

"Kalau daripada orang luar pun kita dengar, hatta daripada Umno pun kalau mereka menasihati kita yang benar, kita terima dengan baik dan ucap terima kasih. Apatah lagi Ustaz Nasha yang bekas Timbalan Presiden Pas dan dia pula bekas anggota Majlis Syura Ulama," katanya.

Kata beliau, Nasharudin tidak harus lupa kerjasama secara berjemaah dalam Pas.

"Sudah tentu kita menghormati pandangan dan mengalu-alukan apa-apa sumbangan yang akan diberi dan kita mengharapkan Insya-ALLAH Ustaz Nasha tidak lupa tanggungjawab dia dalam organisasi berjemaah," ujarnya. 

*******************************************************
Apa cerita ni? Masa pecat, tak ada surat apa-apa pun! Main mulut je.  Tapi bila nak Nasharudin balik, Nasharudin kena bagi surat pulak?  Masa pecat, tak ikut prosedur pun, tapi bila nak bagi peluang pada Nasharudin, pandai pula kena ikut prosedur!  Apa punya parti ni?   Sama macam DAP jugalah, sampai saat ini, belum lagi nak hantar dokumen pemilihan CEC pada ROS.  Bak kata P.Ramlee, "Dah elok sangat dah, penyamun bertemu dengan penyangak!" He..he..he.... 

Memang, Nasharudin ni ulama yang benar-benar memperjuangkan Islam.  Beliau aset yang penting.  Tapi, kalau dah pecat pun tak ada surat, kalau nak kira, tidak sah pemecatan itu.  Bukan susah sangat kalau Nik Aziz nak suruh setiausaha taip surat pemecatan.  Tapi tu lah,  la ni semuanya dah pakai mulut je kut, macam Haji Hadi pernah kata, secara terbuka melalui media pun dah memadai.  Jadi, kalau dah Presiden sendiri cakap macam tu, anak buah pun kena ikut juga lah.

Jadi, apa kata, kalau soal persetujuan penggunaan kalimah Allah dalam pakatan pada 8hb Jan dulu pun, Haji Hadi buat pengumuman secara terbuka juga untuk Karpal Singh.  Yang PAS menarik balik persetujuan dahulu, kita tengok apa kata Karpal Singh, adakah boleh digunapakai takat kata-kata sahaja, tanpa hitamputih!

0 comments:

Catat Ulasan