Jumaat, 1 Februari 2013

Islam bukan bersifat kepartian

     Ada hadis yang bermaksud, "Islam dibangunkan atas lima perkara, bersaksi bahawa tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan melaksanakan haji," (Riwayat Muslim)

     Ini lah Islam yang sebenarnya.  Bukannya masuk UMNO atau masuk PAS.  Dan jika mahu masuk syurga, buatlah apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarang.  Semudah itu sahaja.  Tak payah dok pening-pening nak fikir betul ke kena pangkah PAS baru boleh masuk syurga.  Masuk syurga atau neraka, itu urusan Allah, kita sebagai makhluk tiada pengetahuan langsung kemanakah arah kita nanti atau menghukum seseorang itu.   Yang penting apa yang kita buat itu betul-betul berlandaskan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.  Dan bukannya berdasarkan kepada amanat seseorang atau kata-kata mereka yang kita anggap alim ulama.

    Kita mempunyai akal fikiran yang telah dianugerahkan Allah kepada kita, supaya berfikir dan dapat menilai serta mencari kebenaran yang hakiki.  Dan kebenaran yang hakiki ialah, hanya ada pada al-Quran dan Hadis.  Jadi seandainya kita terus berpegang kepada kata-kata seseorang, tanpa kita memikirkan apakah betul apa yang dikatakan dan tidak pula kita mengambil inisiatif untuk merujuk kepada al-Quran dan hadis, maka sebenarnya kita telah mengkhianati anugerah Allah, iaitu akal kita, dan tidak mensyukuri nikmat Nya.  Dan kita juga sebenarnya telah berpaling dari kitab suci al-Quran dan juga hadis...

0 comments:

Catat Ulasan