Lambang PAS, Kebetulan Atau Sudah DiTakdirkan?

Sebagai membuktikan mukjizatnya sebagai Rasul, Nabi Muhammad s.a.w. telah membelah dua bulan.

Nik Aziz, Nasharudin dan Karpal Singh: Kisah Isteri Tua dan Isteri Muda

Nasharudin kena cerai talak berapa? Kalau talak tiga, kena cari 'cina buta' dulu.

3 Lemas Dalam Jip

Maran : “Ayah dah nak pergi.” Itu bisikan terakhir Abd Zahran Asran, 28, kepada anak sulungnya sebelum keluar rumah untuk menyertai aktiviti lasak dalam kawasan hutan di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, yang berkesudahan dia bersama dua rakan menemui ajal, malam kelmarin.

Bagaimana Dengan Pemilihan CEC DAP?

Mengapa kelu diam membisu? Ambiga sudah didesak. Tunggu apa komen beliau nanti.

Nak Desak Guan Eng Segera Mohon Maaf?

Kalau dah Tok Guru Nik Aziz mengangkat Guan Eng sebagai Khalifah Umar al-Aziz, nak buat macam mana lagi? Apa komen penyokong akar umbi PAS ?

Shila kembali selepas 'hilang' sekejap

GEORGETOWN: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.

Khamis, 31 Januari 2013

Lega Tidak Dicalonkan

Lega Tidak Dicalonkan


     
Nasharudin Mat Isa has urged PAS leaders to take a stand in dealing with the recent controversial statement made by PKR's Nurul Izzah. Filepic: thechoice.my



     Nasharudin menyatakan kelegaan beliau selepas tidak dicalonkan untuk bertanding di mana-mana kawasan untuk PRU13 nanti.  Beliau berkata, sekurang-kurangnya satu tanggungjawab sudah terlepas dari bahunya.  Sememangnya, menjadi pemimpin ni, banyak tanggungjawab, malah akan disoal Allah diakhirat besok.


     Kata orang,  kalau dah kena 'cerai', tak elok dan tak manis lagi tinggal serumah.  Seeloknya, Nasharudin kena fikir dalam-dalam, betul ke tak perjuangan PAS sekarang ini.  Kalau rasa ada silapnya, maka seelok-eloknya Nasharudin keluar dari PAS.  Untuk berjuang dalam Islam, tidak semestinya kena masuk PAS.  Sebab Allah yang lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita.  

Jangan Cemar Nama Allah

   

Jangan Cemar Nama Allah


 Jangan Cemar Nama Allah


      Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim semalam menegaskan penganut agama lain tidak berhak untuk menuntut kesamarataan dalam soal beragama termasuk penggunaan kalimah Allah.  Beliau turut berkata, penggunaan kalimah Allah sememangnya amat berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan langkah mempertahankannya daripada dicemari pihak tidak bertanggungjawab merupakan jihad yang perlu digalas oleh seluruh umat Islam.


     Sememangnya, ia merupakan jihad bagi umat Islam untuk menjaga kesucian kalimah Allah.  Kita mengaku kita cintakan Allah dan Rasul.  Seperti kita mencintai seseorang, sanggupkah kita membiarkan orang menghina nama kekasih yang kita cintai?  Tidak adakah perasaan marah di hati kita?  Seharusnya, memang kena begitu caranya.  Dan sepatutnya, jika kita mengaku cintakan Allah, seharusnya kita harus lebih marah lagi jika ada pihak yang ingin menghina nama Allah!


     Sewajarnya jihadlah yang sepatutnya.   Amat malanglah bagi PAS, jika amanat Haji Hadi mengatakan jihad untuk menentang UMNO, tapi tidak pula mengatakan jihad untuk menentang DAP yang terang-terangan ingin mempersendakan kalimah Allah.  Malah Tok Guru Nik Aziz nampak makin mesra pula dengan Karpal Singh!  Nampaklah ini perjuangan PAS yang sebenarnya.

   

Rabu, 30 Januari 2013

Nik Aziz tak kisah Nasharudin tinggalkan PAS



     Tertarik dengan kata-kata Tok Guru Nik Aziz dalam artikel yang bertajuk seperti di atas, di dalam akhbar Utusan,

     " Tetapi kalau nak pejuang Islam di Malaysia, tiada parti selain pada PAS, UMNO tolak Islam ambil kebangsaan, tidak guna langsung di akhirat kelak."

     Siapa Nik Aziz? Tuhan kah dia? Nabi kah dia?  Yang dapat menentukan segala urusan di akhirat besok? Kalaulah soalan ni yang ditanyakan oleh Allah di Padang Mahsyar besok, apa Nik Aziz nak jawab?  Nak minta Karpal Singh jadi peguam dia besok?  Atau perlukan Guan Eng untuk memutarbelitkan jawapan besok?  Sudah-sudah lah!
     
     

Misteri Pemecatan Nasharudin

Misteri Pemecatan Nasharudin



Nasharudin Mat Isa has urged PAS leaders to take a stand in dealing with the recent controversial statement made by PKR's Nurul Izzah. Filepic: thechoice.my


     Sebenarnya, tiada yang misteri pun tentang pemecatan Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS.   Biasalah, kalau orang dah tak berkenan, buat apa-apa pun, pasti orang dah tak suka.  Sebilangan orang berpendapat, isu ini sekadar untuk PAS mengalihkan perhatian dari isu Kalimah Allah.  Tapi pada hakikatnya, buatlah apa-apa isu yang baru, tapi pasti tidak akan mengalih perhatian orang ramai dari isu Kalimah Allah.  Sudah terpahat dalam hati dan tertanam dalam ingatan.

     Bak kata Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz, pemecatan Nasharudin ni, macam laki bini bercerai.  Perkara biasa je.  Kalau dengan Hasan Ali, cerai talak tiga sekali gus, dengan Nasharudin ni, agaknya cerai talak satu je dulu.  Tapi kalau cerai talak satu, maknanya boleh rujuk kembali.  Sebab tu la gamaknya yang si Nasharudin ni, tidak dibagi surat pemecatan dan sebagainya.  Biasalah, kan mengikut kata-kata Haji Hadi, memadai dibuat pengumuman secara terbuka melalui media, itu pun dah cukup.  Tapi, kalau macam tu, kalau tak ada hitam putihnya, Nasharudin boleh bawa kes ni ke mahkamah.  Main mulut je mana boleh pakai kat mahkamah.

      La ni, yang orang dok perhatikan pula, nasib Haron Din la pula.   Sebab dia yang dicanang-canangkan akan diambil tindakan pula oleh PAS, pastu saudara Hafiz pula, kes buat perhimpunan menentang Karpal Singh.  Kalau semua dah kena pecat, agak-agaknya siapa yang benar-benar memperjuangkan Islam yang tinggal dalam PAS nanti.  Kalau ada pun, mestinya puak-puak Anwarinas je....

Isnin, 28 Januari 2013

Hari jadi Nik Aziz dirai di rumah Karpal Singh

Hari jadi Nik Aziz
dirai di rumah
Karpal Singh



     Agaknya dah tak ada tempat lain dah untuk sambut hari jadi.  Tapi tak mengapalah, sebab kita kan dalam semangat 1 Malaysia.  Menurut lapuran Malaysiakini, Nik Aziz siap potong kek lagi!

     Yang menghairankan, Nik Aziz melarang sambutan Maulud Nabi di Kelantan, dengan alasan ianya bidaah dan meniru agama Kristian.  Tapi macam mana dengan sambutan hari jadi dengan potong kek, Tok Guru? Tidak meniru agama Kristian dan bidaah ke?

Nasharudin Dipecat!

Nasharudin Dipecat!


Nasharudin dipecat!

     Akhbar-akhbar hari ni, semua memuatkan kisah Nasharudin yang dipecat dari Majlis Ulama Syura PAS, yang bermesyuarat pada 13 Januari lalu.  Semakin hari, semakin ramai ulama yang benar-benar memperjuangkan Islam yang dikenakan tindakan oleh PAS.  Kalau dulu Hasan Ali, la ni  Nasharudin pula.    Agak-agaknya, siapa lagi yang ada di dalam senarai PAS yang akan dikenakan tindakan selepas ini.

     Kes yang terbaru ini, membuatkan ramai dari penyokong akar umbi PAS yang mula sangsi tentang perjuangan sebenar PAS, sama ada memperjuangkan agama Islam, atau sekadar untuk perjuangan parti semata-mata?  Kalau benar PAS memperjuangkan agama Islam, sepatutnya tindakan Nasharudin menyertai Najib dalam lawatan ke Gaza patut diberi sokongan.  Kerana Najib, Perdana Menteri Malaysia, dan seeloknya sewaktu lawatan tersebut, Nasharudin seharusnya dilantik sebagai mewakili PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam.  Dan sedikit sebanyak Nasharudin boleh memberi pendapat dan pandangan dari parti PAS, dan menunjukkan sokongan dari parti PAS sendiri.   Dalam hal agama Islam atau untuk membantu umat Islam, sepatutnya tidak timbul soal parti.  Kita sebagai umat Islam sepatutnya, bersatu sebagai satu ummah.  Itu yang seharusnya berlaku.

     Kita tengok sajalah nanti, adakah Guan Eng atau Karpal Singh akan menjemput pemimpin-pemimpin PAS untuk mengadakan rombongan lawatan ke Gaza untuk membantu rakyat Palestine di sana.  Kalau betul macam ni, kalah Maharaja Lawak Mega nanti!

       Kesempatan ini juga, doa dan harapan saya, agar sahabat-sahabat saya di sana, iaitu dari Bridged al-Qasam, sentiasa di dalam bantuan Allah.  Syahid hanya selagkah di hadapan kamu, maka maju lah....

Khamis, 24 Januari 2013

Dikecam Pengikut Sendiri


Dikecam pengikut sendiri

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.

Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.
Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.
Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.

"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin.

"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.
Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.

Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.

Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz."
Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.
Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".
Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat."


*****


Entahlah... ulama sendiri pun dah boleh cakap macam tu.   Padahal ayat al-Quran pun ada bagitahu kena taat pada Allah, Rasul dan juga kepada ulil amri (orang yang berkuasa).    Lupakah beliau pada satu hadis...

Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a katanya :

     Bahawasanya Rasulullah s.a.w. patah gigi serinya pada hari peperangan Uhud dan mendapat luka di kepalanya, lalu luka itu mengeluarkan darah.  Maka beliau bersabda, " Bagaimana satu kaum yang melukakan nabi mereka dan mematahkan gigi serinya akan berjaya padahal nabi itu mengajak mereka kepada Allah?  Maka Allah menurunkan ayat : " Tidak ada campur  tangan  mu  sedikitpun  dalam urusan mereka."

     Jadi kepada Nasrudin, tak payah la nak mencemuh orang.  Bukan urusan Nasrudin untuk nak kata hipokrit tahap durjana pada PM.  Kalau macam tu, bagaimana pula dengan Nik Aziz yang kata boleh berkawan dengan syaitan ?  Atau amanat Haji Hadi yang memecah belahkan umat Islam? Atau Anwar yang masih berpegang kepada boleh guna Kalimah Allah? Tidak hipokrit tahap durjana kah mereka?  Usah lah mengeluarkan kata-kata sebarangan.  Di Padang Mahsyar besok, jenuh la nak menjawab nanti!

Ulama Pewaris Nabi?

   Memang benar, ada hadis yang mengatakan ulama itu pewaris nabi.  Tetapi ulama yang macam mana?  Adakah dengan memakai jubah dan serban, sudah boleh dianggap ulama?  Atau yang pandai membaca al-Quran dan Hadis, sudah boleh dianggap ulama?

   Hadis tersebut benar, ulama sememangnya pewaris nabi, tetapi apakah maksud pewaris/waris?  Apa yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bukan sekadar al-Quran dan Hadis, tetapi termasuk juga sunnah.  Tetapi cukupkah dengan semua ini untuk dilabelkan ulama pewaris nabi?  Kebanyakan kita percaya, dengan tiga perkara tersebut sudah memadai untuk menjadi ulama. Betul... Tetapi, untuk  benar-benar menjadi ulama pewaris nabi, yang sering dilupakan dan yang sering ditinggalkan ialah keperibadian Nabi Muhammad itu sendiri.

    Jadi, kalau ada yang tidak berperibadi seperti Nabi Muhammad s.a.w. tak usah lah anggap diri itu sebagai ulama pewaris nabi!  Nabi Muhammad tidak suka perpecahan kepada umat Islam, tapi kita sekarang berpecah belah.  Nabi Muhammad suruh kita berpegang kepada al-Quran dan Hadis, tapi kita lebih taksub kepada amanat.  Apa nak jadi ni?

    Sememangnya, ulama-ulama kita sekarang sibuk sangat dengan politik!  Soal global tak mahu ambil tahu langsung.  Maaf saya kata begitu.  Senang cerita, saya ambil contoh, kegemparan pada 21hb Disember 2012 dahulu.  Benar, itu bukan tarikh kiamat.  Sebab kita memang tidak akan tahu bila dunia akan kiamat.   Tapi mengapa tidak kita guna peluang itu untuk lebih kita sedar tentang kedatangan hari kiamat?

    Lihatlah dunia kita sekarang...Rusia melarang Israel dari menyerang Iran.  Kenapa ?  Kerana ini pasti akan memulakan Perang Dunia ke 3.  Dan lihat peristiwa di Mali, hanya Perancis yang menghantarkan tenteranya, tetapi tidak negara-negara barat yang lain, kerana di Mali banyak militan Islam yang terlibat, ini boleh menyebabkan perang Salib.

    Dan lihatlah di Malaysia sendiri, dengan isu kalimah Allah, pengedaran Bible, dan sesetengah orang Islam yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.  Dan bagaimana pula dengan ulama-ulama yang mengutuk dan mengeluarkan kata-kata kesat.  Ulama kah ini ?  Beginikah keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

    Kerana itu ada ayat al-Quran yang menyuruh kita berpegang kepada al-Quran dan Hadis.  Maaflah saya cakap, Allah sendiri sebut Al-Quran dan Hadis sahaja.  Tiada pun sebut ulil amri, mahupun ulama-ulama.  Kerana pasti ada ulama-ulama yang mempergunakan ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan sendiri/parti, dan bukan sebenar-benar untuk kepentingan agama.

   Saya malas nak tulis tentang sepotong ayat al-Al-Quran berkenaan dengan ulama-ulama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan sendiri ni.  Tetapi kalau dah teruk sangat, saya akan tulis.

Selangor Gagal Batal Saman 2,020 Ibu Tunggal

     Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menolak permohonan kerajan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan saman yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di negeri itu.  Selain dari 2,020 orang ibu tunggal tersebut, 3,011 orang lagi ibu tunggal turut memfailkan tuntutan sama terhadap kerajaan negeri dan Abdul Khalid.

     Baguslah macam ni, janji tetap janji, mana boleh nak mungkir.   Orang dah berharap sangat dah.  Seelok-eloknya, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Selangor dapat membuat / mengeluarkan bilangan sebenar ibu-ibu tunggal di Selangor.  Supaya semuanya akan mendapat elaun RM100 yang seperti dijanjikan.  Janganlah hanya kepada kumpulan 2,020 dan 3,011 orang tersebut sahaja.

     Peguam defendan berpendapat manifesto parti tidak mempunyai nilai kuatkuasa undang-undang.  Adakah bermakna, masa dok berkempen atau masa buat manifesto tersebut, boleh janji macam-macam, tapi tak perlu dilaksanakan?  Senang la macam ni.... Agaknya kalau pihak kerajaan tak laksanakan segala janji-janji, mesti kuat kena hentam punya.  Tapi, tak apa lah kan, sebabnya manifesto parti tidak mempunyai nilai kuatkuasa undang-undang.

     Tapi, selepas apa yang berlaku ( isu tuntutan elaun RM100 bagi ibu-ibu tunggal ), seelok-eloknya rakyat Selangor dapat meneliti kembali manifesto pakatan pembangkang, dan lihat lagi apa yang patut dituntut sebelum PRU13 ni.  Kes  isu tuntutan elaun RM100 bagi ibu-ibu tunggal ni, boleh dijadikan kes rujukan.

Isnin, 21 Januari 2013

KDN Beri Kata Dua



     KDN dah beri kata dua.  Jika boleh menggugat ketenteraman awam, lesen untuk mencetak Bible boleh ditarik balik.  Haji Hadi pun dah cakap, beliau berpegang pada keputusan majlis ulama syura PAS.  So, dengan ini, patutnya kita dah boleh buat keputusan yang isu kalimah Allah ni, dah stop.  Pasni, tak payah la mana-mana pihak nak cuba-cuba lagi sentuh pasal benda ni.  Kecuali lah mereka memang ada niat nak menghuru-hara keamanan di Malaysia.

Ahad, 20 Januari 2013

Bible Melayu disebar ke sekolah di Penang!

     
      


     Sekali lagi kita dikejutkan! Bukan gempabumi atau tsunami yang melanda, tetapi lebih hebat dari itu.  Kitab Bible telah diedarkan di sebuah sekolah kebangsaan di Pulau Pinang.  Diedarkan kepada murid-murid yang pulang sekolah, dan tidak mengira bangsa serta agama. Pada waktu petang di hadapan Sekolah luar gate depan sekolah, seorang ibu menyaksikan sebuah kereta berlesen PGJ 9002 dimana 3 orang lelaki cina dan 1 orang perempuan cina telah mengedarkan bible bahasa Melayu pada pelajar-pelajar Melayu Islam secara rambang.

     Wah..wah..wah.. berani sangat nampaknya!  Elok sangat menteri dah kerah KDN dan polis siasat siapa pelakunya.  Apatah lagi gambar si pelaku berjaya dirakam menggunakan telefon bimbit.  Tapi, yang menjadi persoalan, mengapa sekolah di Pulau Pinang, yang mana Guan Eng menjadi Ketua Menterinya?  No plate kenderaan pun dah dapat dah.

 

     Sememangnya, pihak berkuasa patut mengambil tindakan yang amat tegas dalam hal ini.   Tapi, nak buat camno.. kalau dah ada orang Melayu yang beria-beria sangat nak kebebasan dalam beragama.  Lantang lagi suaranya di hadapan ahli forum yang pelbagai bangsa dan agama.   Tapi, bila timbul isu besar macam ni, elok pula diamnya....

     Dan, kita nak dengar juga la, dari pihak pemimpin PAS, apa pula komen dia orang dalam kes ni.  Tak kan nak diam je kut?  Jangan la asyik nak kondem kerajaan juga.  Patutnya, dalam hal-hal agama macam ni la PAS nak lantang suaranya.  Jangan lah jadi macam peribahasa 'sudah terhantuk baru terngadah', masa tu, menyesal dah tak guna.  Macam isu kalimah Allah juga, bak kata orang tua-tua, telajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya!

 

Akibat Berkawan Dengan Syaitan



https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQhHXyu1hF91xXcKLexOd96VmMnQqZpJrN-TkCt8tjaM4BS2a99zeTmt0QGEQ

Akibat Berkawan Dengan Syaitan?


Presiden Pas, Haji Hadi melancarkan buku yang bertajuk Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta, selain tajuk kecil di bawahnya yang menyebut Penghuraian dan Penjelasan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disusun oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi.   Buku seumpama itu pernah dicetak kali pertama pada tahun 2002 dan untuk cetakan kedua tahun ini, ia telah dikemaskini bagi memperjelaskan amanat tersebut yang diterbitkan oleh Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda Pas Malaysia.
Yang menariknya, buku ini dilancarkan sewaktu umat Islam berada di dalam kemelut isu kalimah Allah.  Belum pun isu tersebut reda, isu Amanat Haji Hadi pula kembali melanda.  Adakah ini juga salah satu strategi pemimpin Pas untuk mengalih perhatian semua dari isu kalimah Allah?  Sebagaimana Guan Eng ingin mengalih perhatian dari isu kalimah Allah dengan mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi.  Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan isu amanat Haji Hadi.  Cukuplah dengan hadis-hadis  ini.
Muslim, meriwayatkan daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“Adapun kemudian dari itu maka sesungguhnya sebaik-baik percakapan ialah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara baharu yang diada-adakan, dan tiap-tiap yang baharu adalah bidaah, dan tiap-tiap bidaah adalah sesat” 

At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Muslim pula meriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah bersabda :
Barangsiapa mengasaskan satu sunnah kebajikan lalu ia diikuti maka baginya pahala dan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya sedangkan pahala mereka tidak kurang sedikitpun.  Dan barangsiapa mengasaskan satu sunnah yang jahat lalu ia diikuti maka ia menanggung dosa dan dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutinya sedangkan dosa-dosa mereka tidak kurang sedikitpun”

Maka, jika berlaku perpecahan di kalangan umat Islam, setentunya ia bukanlah sesuatu yang baik.  Apatah lagi Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mahukan umatnya bersatu dan tidak berpecah-belah.  Cukuplah, jika kita sudah kabur dan keliru, maka sebaik-baiknya bukalah tafsir Al-Quran dan buku-buku Hadis, maka bacalah dan berpegang teguh lah kepada kedua-duanya.   Kerana ianya yang sebenar-benar pegangan bagi kita, umat Islam. 
Dan lihatlah sekarang, dalam isu kalimah Allah, kita sebagai umat Islam, tidak dapat bersatu untuk menentangnya.  Saya faham tentang apa yang dinyatakan oleh pemimpin PAS.  Mereka tetap berpegang dengan persetujuan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.  Tetapi yang menyedihkan, mereka tidak berani untuk berkata TIDAK BOLEH untuk diterjemahkan perkataan ‘God’ kepada ‘Allah’ di dalam Bible bahasa Melayu secara terang dan nyata.  Ini adalah kerana mereka tidak mahu merosakan pakatan mereka antara DAP dan PKR.  Namun, amat malang sekali kerana dengan ketegasan ini lah, yang akan memulakan perpecahan di dalam parti PAS sendiri. Dan merosakan pakatan antara ahli mereka sendiri.  Inikah pendirian sebuah parti yang dahulunya melaungkan bahawa mereka adalah parti Islam yang sebenar? Dan sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan perjuangan Islam?  Tetapi terpaksa ‘berlembut’ dengan DAP yang telah terang dan nyata ingin mencemarkan kesucian kalimah Allah dan juga boleh merosakkan akidah umat Islam.

Sukalah saya ingin mengingatkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia, tidak kira sama ada dari parti kerajaan mahupun parti pembangkang.  Sudah lupakah kita kepada kisah Nabi Adam?  Kerana gagal menggoda Nabi Adam, supaya memakan buah khuldi, maka iblis/syaitan memujuk Hawa untuk merayu kepada Nabi Adam. Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Nabi Adam terhadap Allah Yang Maha Esa,  sehinggakan Nabi Adam dan Hawa dihalau dari syurga dan dicampakkan ke bumi.

Cubalah bandingkan dengan senario sekarang.  Seorang pemimpin pembangkang pernah mengatakan kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Maka muncul lah pakatan rakyat, iaitu DAP, PKR dan PAS.  Sekarang, parti manakah yang cuba mempermainkan kalimah Allah, dan parti manakah yang menyeru (memujuk) agar pakatan pembangkang (DAP, PKR, dan semestinya PAS!) supaya bersatu dalam berdepan isu tersebut dengan tidak bertelagah antara satu sama lain.  Bukankah DAP?  Jika kita fikirkan, bukankah PAS sekarang pun sudah tersepit dengan isu kalimah Allah yang disuarakan oleh DAP?  Sehingga PAS tidak dapat bersama-sama dengan umat Islam yang lain untuk bersatu menentangnya.  Dan kerana isu itu juga menyebabkan berlakunya perpecahan dikalangan penyokong dan pemimpin PAS sendiri (sepastinya orang Islam!).  

Sesungguhnya Maha Suci Allah yang menjadikan Al-Quran itu sebenar-benar petunjuk bagi orang-orang yang beriman.  Dan benarlah, Al-Quran itu sebenar-benar panduan untuk umat Islam sepanjang zaman, bagi yang dapat dapat berfikir dan mengambil iktibar darinya.   Lihatlah terjemahan Surah an-Nisa’, ayat 59 : 

            “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada  Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Hadis) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. “

Ingin saya tekankan di sini, sebagaimana terjemahan ayat di atas, bila berlaku perpecahan di kalangan kita, bukankah Allah telah memperingatkan kita supaya kembali kepada al-Quran dan Hadis.  Fahamilah betul-betul ayat ini ‘kembali kepada al-Quran dan Hadis’ sahaja, tidak kepada sesuatu yang lain selainnya. Kerana itu, kita sebagai umat Islam, kembalilah kepada al-Quran dan Hadis. Ambillah pengajaran dan iktibar darinya.  Dan janganlah sesekali kita berpaling darinya.  Sebagaimana kisah Nabi Adam, janganlah pula tiba giliran kita untuk dihalau dari ‘syurga’ kita ini.  

Saya ingin menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia, lihatlah, sesungguhnya Allah masih lagi menyayangi kita sebagai orang Islam dan umat Nabi Muhammad s.a.w.  Kerana, sebelum terjadi perkara yang lebih buruk, Allah telah terlebih dahulu memberi kita petunjuk dengan apa yang telah berlaku (isu kalimah Allah).  Supaya kita dapat sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku.  Supaya kita sedar, siapa kawan dan siapa lawan.  Tidak sedar lagikah kita? Masihkah kita ingin berpaling dari Kitab Suci al-Quran yang menjadi pegangan kita selama ini?  Janganlah kita menjadi seperti golongan-golongan yang telah dibinasakan oleh Allah seperti yang telah dikisahkan di dalam al-Quran.

Ucapan tahniah kerana pembangkang telah berjaya menganjurkan Himpunan Shamsidar yang telah berjaya dihadiri oleh berpuluh ribu orang.  Tetapi amat malang sekali kerana, tiada perhimpunan sebesar itu yang dianjurkan untuk menentang penggunaan kalimah Allah di dalam Bible bahasa Melayu.  Inikah orang-orang Islam yang benar-benar memperjuangkan agama Islam?   Tidak dapatkah kita berfikir, yang mana lebih mulia, Allah atau Shamsidar?

Dan sekarang, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan menyeru supaya Haji Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama PAS.  Kerana dulu PAS, DAP dan PKR telah sebulat suara bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah.  Nampak gayanya, PAS sekarang juga tersepit.  
Kalau nak senang, elok sangatlah kalau PAS dapat keluar dari pakatan pembangkang.  Sebab, PAS dulu terkenal dengan parti dan perjuangan Islamnya.  Jadi, dalam soal ini, pasti ramai yang menunggu jawapan Haji Hadi berkenaan seruan Karpal Singh tersebut.  Yang pasti, ramai juga yang nak tahu, sama ada PAS benar-benar berjuang untuk agama Islam, atau untuk politik semata-mata.   Kita tengok saja nanti, atau Haji Hadi akan bersikap seperti kebiasaannya, hanya diam membisu...
                       
                                                                                             


Konspirasi Dalam DAP

      

     Ada desas-desus mengatakan wujudnya konspirasi dalam DAP bagi menjatuhkan Guan Eng, atau setepatnya menjatuhkan Dinasti Lim.  Sememangnya, sedari awal lagi pelantikan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, dah ramai yang tak berkenan.  Sebabnya, Guan Eng bukan anak jati P.Pinang, tapi Melaka.  Dah la calonkan diri sendiri pulak tu.

     Mungkinkah isu Kalimah Allah ini, salah satu agenda bagi menjatuhkan Guan Eng?  Sebab la ni pun, Guan Eng dah tak berani nak bagi komen pasal isu ni.  Tu sebab Karpal Singh pula yang bersuara.  Kalau benar isu ini untuk menjatuhkan Guan Eng, nampak gayanya, pihak yang terbabit dalam konspirasi ini, sudah beberapa langkah berada di hadapan Guan Eng.  Apatah lagi, keadaan Guan Eng yang benar-benar tersepit sekarang,  antara isu pemilihan semula CEC dan isu kalimah Allah.

     Satu pengajaran buat Guan Eng, janganlah nak main-main dengan Kalimah Allah.  Itu nama Tuhan!  Nak berpolitik, nak bersandiwara sesama manusia, tidak mengapa.  Tapi jangan dengan Allah, sekali Dia sebut 'Kun Fayakun', sekelip mata ( atau tak sempat berkelip pun!) semua boleh berlaku.

    Lihatlah sekarang, DAP nak memperkudakan PAS dengan isu kalimah Allah, tapi tak sangka pula PAS buat U turn, dan bagi 'tendangan kuda' gangnam style lagi pada DAP.  Elok sangatlah tu, dengan lagu tema DAP, 'Ubah Roket Style' !

Isu Kalimah Allah



Assalamualaikum,

     Sekarang ni, kita tak habis-habis dilanda pelbagai isu.  Namun, yang paling diberi perhatian ialah isu Kalimah Allah.  Sememangnya, bila dah start benda ni, susah nak selesai dah!  Melainkan pihak yang mengeluarkan isu ini, menarik balik isu tersebut dan meminta maaf dari seluruh umat Islam di Malaysia.

     Yang menghairankan, mengapa ada pihak yang berani sangat mengeluarkan isu yang sensitif ini.  Dan lagi menghairankan, mengapa PAS dan UMNO tidak dapat duduk bersama, semeja dalam menangani isu ini.  Sebabnya, ini bukan soal PAS lawan UMNO atau UMNO lawan PAS.  Demi Allah, ini soal kalimah Allah, dan soal akidah umat Islam!  Patutnya, kedua-dua pihak dapat bersatu dan menentangnya.  Tapi, kalau dah soal ini pun dah tak dapat bekerjasama, tidak tahu lah.

Sabtu, 19 Januari 2013

Kurang Regangan Waktu Pagi


Saya berusia 43 tahun dan masih bujang kerana belum bertemu jodoh. Sejak remaja hingga dewasa, saya aktif melakukan onani, kadangkala lima hingga enam kali sehari.
Kini saya terasa sakit di bahagian ‘vas deferen’ sebelah kiri selepas mengambil Bio Zink sebagai makanan tambahan. Saya juga kini kurang mendapat regangan di waktu pagi. 
Apakah puncanya dan adakah makanan tambahan ini mempunyai kesan sampingan kepada tahap kesuburan saya?

LAN
Petaling Jaya 


Anda semakin berumur tetapi belum bergelar suami kerana tidak bertemu jodoh.
Lagi cepat lagi baik kerana jangka pelupusan sesetengah sistem tubuh badan anda menunjukkan kebarangkalian ia akan sampai tarikh luput.

Sistem syahwat dan reproduktif yang mula bersemarak pada awal belasan tahun boleh membuatkan anda melakukan onani sehingga beberapa kali sehari.

Kini anda kurang aktif. Sistem dan bahagian anggota kelamin yang satu ketika dulu segar dan rancak kini mula ‘meragam’, tiada ereksi pagi dan sugul.

Sama juga dengan bahagian anggota kelamin yang menghasilkan air mani seperti pundi seminal, kini mula terasa sakit.

Pundi seminal lelaki sihat menghasilkan 50 hingga 60 peratus jumlah isi padu air mani. Pundi prostat yang menghasilkan 30 hingga 35 peratus air mani juga mula kurang aktif pada umur lanjut.

Kandungan zink dalam pundi prostat tinggi dan mustahak untuk penghasilan sperma aktif dan normal. Anda nyatakan mengambil tambahan untuk kesihatan.

Ia sekadar makanan tambahan dan bukan keperluan. Ia bukan rawatan atau ubatan yang perlu mendapat pengesahan doktor. Jarang pula makanan tambahan memberi kesan sampingan.

Bagaimanapun, pengambilan itu tidak digalakkan jika amalan gaya hidup sihat tidak dipraktikkan. Anda kini was-was mengenai pengambilan makanan tambahan itu. Anda sepatutnya merujuk doktor jika ada keraguan kesihatan, lebih-lebih lagi jika terasa sakit.

Elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan dan mengesan masalah anda pada peringkat awal.


Selasa, 1 Januari 2013

Banduan Hafaz Al-Quran Dihukum Pancung.



Di Jeddah, seorang banduan paling tua di Arab Saudi, menerima hukuman pancung.  Abdullah Fandi Al-Shammary, menjalani hukuman pancung tersebut setelah membunuh seorang lelaki dengan memukulnya berulang kali dengan kayu, semasa pergaduhan berlaku 32 tahun dahulu.  Abdullah dipenjarakan semasa berumur 21 tahun.

Lima tahun selepas dipenjarakan, dia didapati bersalah dan dia membayar wang darah untuk mendapatkan kebebasan.  Dia meraikan kebebasannya dengan berkahwin, namun selepas dua tahun, dia ditahan semula apabila keluarga mangsa merayu untuk diadakan perbicaraan semula.

Ramai penduduk Saudi yang bersimpati, menghantar 50,000 mesej Twitter kepadanya pada hari dia akan dipancung.

Menurut sumber, sepanjang berada di penjara, dia menghafal al-Quran dan sudah 17 kali dibawa ke dataran pancung.  Ada sumber juga mengatakan, dia sempat mengimamkan solat subuh pada pagi Selasa dan mengucapkan selamat tinggal kepada jemaah sambil tersenyum kerana tahu itu solat terakhirnya.

Meskipun Putera Abdulaziz bin Saad, Timbalan Gabenor Wilayah Hail cuba meyakinkan anak mangsa supaya mengampunkan Abdullah, namun si anak bertegas mahukan dia dihukum mati.

sumber - Saudi Gazette


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maka cuba kita renungkan hadis ini.


Inilah yang menghairankan kita.  Hadis ini adalah satu hadis sahih.

An-Nasa'i meriwayatkan hadis ini melalui banyak jalan.  Di antaranya beliau meriwayatkan daripada Wail r.a, katanya :

"Aku melihat Rasulullah s.a.w. di kala beliau dibawakan seorang pembunuh yang digereng oleh wali yang terbunuh dengan seutas tali,  maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepada wali yang terbunuh :

" Engkau mahu maafkan? "

Wali yang terbunuh menjawab : "Tidak!"

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Engkau mahu mengambil diat?"

Wali yang terbunuh menjawab : "Tidak!"

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Engkau mahu membunuhnya?"

Wali yang terbunuh menjawab : "Ya!"

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pergilah engkau membawa pembunuh itu."

Manakakala wali bagi yang terbunuh itu berpaling dan orang-orang di sisinya telah pergi maka Rasulullah s.a.w. memanggil si wali itu seraya bersabda :

"Engkau hendak maafkannya?"

Wali itu menjawab: "Tidak!"


Rasulullah s.a.w. bersabda : "Engkau mahu mengambil diat?"

Wali yang terbunuh menjawab : "Tidak!"

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Engkau mahu membunuhnya?"

Wali yang terbunuh menjawab : "Ya!"


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pergilah engkau membawanya."

Di kala itu Rasulullah bersabda: "Ingatlah, sesungguhnya jika engkau memaafkannya, ia pulang dengan dosanya dan dosa kawanmu (si mati)."

Maka wali tadi memaafkan pembunuh itu dan meninggalkannya.

Kata Wail: "Saya melihat wali itu menarik talinya."

***************

Lihatlah, di Jeddah sendiri.  Tidak kah mereka itu lebih arif tentang al-Quran dan hadis?  Dan bahawa memaafkan itu adalah perkara yang lebih baik?  Apatah lagi Putera Abdulaziz sendiri menasihat dan merayu agar Abdullah Fandi tidak dihukum mati.  Kita yang membuat pilihan sebenarnya...