Ahad, 20 Januari 2013

Akibat Berkawan Dengan Syaitan



https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQhHXyu1hF91xXcKLexOd96VmMnQqZpJrN-TkCt8tjaM4BS2a99zeTmt0QGEQ

Akibat Berkawan Dengan Syaitan?


Presiden Pas, Haji Hadi melancarkan buku yang bertajuk Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta, selain tajuk kecil di bawahnya yang menyebut Penghuraian dan Penjelasan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disusun oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi.   Buku seumpama itu pernah dicetak kali pertama pada tahun 2002 dan untuk cetakan kedua tahun ini, ia telah dikemaskini bagi memperjelaskan amanat tersebut yang diterbitkan oleh Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda Pas Malaysia.
Yang menariknya, buku ini dilancarkan sewaktu umat Islam berada di dalam kemelut isu kalimah Allah.  Belum pun isu tersebut reda, isu Amanat Haji Hadi pula kembali melanda.  Adakah ini juga salah satu strategi pemimpin Pas untuk mengalih perhatian semua dari isu kalimah Allah?  Sebagaimana Guan Eng ingin mengalih perhatian dari isu kalimah Allah dengan mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi.  Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan isu amanat Haji Hadi.  Cukuplah dengan hadis-hadis  ini.
Muslim, meriwayatkan daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“Adapun kemudian dari itu maka sesungguhnya sebaik-baik percakapan ialah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara baharu yang diada-adakan, dan tiap-tiap yang baharu adalah bidaah, dan tiap-tiap bidaah adalah sesat” 

At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Muslim pula meriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah bersabda :
Barangsiapa mengasaskan satu sunnah kebajikan lalu ia diikuti maka baginya pahala dan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya sedangkan pahala mereka tidak kurang sedikitpun.  Dan barangsiapa mengasaskan satu sunnah yang jahat lalu ia diikuti maka ia menanggung dosa dan dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutinya sedangkan dosa-dosa mereka tidak kurang sedikitpun”

Maka, jika berlaku perpecahan di kalangan umat Islam, setentunya ia bukanlah sesuatu yang baik.  Apatah lagi Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mahukan umatnya bersatu dan tidak berpecah-belah.  Cukuplah, jika kita sudah kabur dan keliru, maka sebaik-baiknya bukalah tafsir Al-Quran dan buku-buku Hadis, maka bacalah dan berpegang teguh lah kepada kedua-duanya.   Kerana ianya yang sebenar-benar pegangan bagi kita, umat Islam. 
Dan lihatlah sekarang, dalam isu kalimah Allah, kita sebagai umat Islam, tidak dapat bersatu untuk menentangnya.  Saya faham tentang apa yang dinyatakan oleh pemimpin PAS.  Mereka tetap berpegang dengan persetujuan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.  Tetapi yang menyedihkan, mereka tidak berani untuk berkata TIDAK BOLEH untuk diterjemahkan perkataan ‘God’ kepada ‘Allah’ di dalam Bible bahasa Melayu secara terang dan nyata.  Ini adalah kerana mereka tidak mahu merosakan pakatan mereka antara DAP dan PKR.  Namun, amat malang sekali kerana dengan ketegasan ini lah, yang akan memulakan perpecahan di dalam parti PAS sendiri. Dan merosakan pakatan antara ahli mereka sendiri.  Inikah pendirian sebuah parti yang dahulunya melaungkan bahawa mereka adalah parti Islam yang sebenar? Dan sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan perjuangan Islam?  Tetapi terpaksa ‘berlembut’ dengan DAP yang telah terang dan nyata ingin mencemarkan kesucian kalimah Allah dan juga boleh merosakkan akidah umat Islam.

Sukalah saya ingin mengingatkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia, tidak kira sama ada dari parti kerajaan mahupun parti pembangkang.  Sudah lupakah kita kepada kisah Nabi Adam?  Kerana gagal menggoda Nabi Adam, supaya memakan buah khuldi, maka iblis/syaitan memujuk Hawa untuk merayu kepada Nabi Adam. Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Nabi Adam terhadap Allah Yang Maha Esa,  sehinggakan Nabi Adam dan Hawa dihalau dari syurga dan dicampakkan ke bumi.

Cubalah bandingkan dengan senario sekarang.  Seorang pemimpin pembangkang pernah mengatakan kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Maka muncul lah pakatan rakyat, iaitu DAP, PKR dan PAS.  Sekarang, parti manakah yang cuba mempermainkan kalimah Allah, dan parti manakah yang menyeru (memujuk) agar pakatan pembangkang (DAP, PKR, dan semestinya PAS!) supaya bersatu dalam berdepan isu tersebut dengan tidak bertelagah antara satu sama lain.  Bukankah DAP?  Jika kita fikirkan, bukankah PAS sekarang pun sudah tersepit dengan isu kalimah Allah yang disuarakan oleh DAP?  Sehingga PAS tidak dapat bersama-sama dengan umat Islam yang lain untuk bersatu menentangnya.  Dan kerana isu itu juga menyebabkan berlakunya perpecahan dikalangan penyokong dan pemimpin PAS sendiri (sepastinya orang Islam!).  

Sesungguhnya Maha Suci Allah yang menjadikan Al-Quran itu sebenar-benar petunjuk bagi orang-orang yang beriman.  Dan benarlah, Al-Quran itu sebenar-benar panduan untuk umat Islam sepanjang zaman, bagi yang dapat dapat berfikir dan mengambil iktibar darinya.   Lihatlah terjemahan Surah an-Nisa’, ayat 59 : 

            “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada  Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Hadis) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. “

Ingin saya tekankan di sini, sebagaimana terjemahan ayat di atas, bila berlaku perpecahan di kalangan kita, bukankah Allah telah memperingatkan kita supaya kembali kepada al-Quran dan Hadis.  Fahamilah betul-betul ayat ini ‘kembali kepada al-Quran dan Hadis’ sahaja, tidak kepada sesuatu yang lain selainnya. Kerana itu, kita sebagai umat Islam, kembalilah kepada al-Quran dan Hadis. Ambillah pengajaran dan iktibar darinya.  Dan janganlah sesekali kita berpaling darinya.  Sebagaimana kisah Nabi Adam, janganlah pula tiba giliran kita untuk dihalau dari ‘syurga’ kita ini.  

Saya ingin menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia, lihatlah, sesungguhnya Allah masih lagi menyayangi kita sebagai orang Islam dan umat Nabi Muhammad s.a.w.  Kerana, sebelum terjadi perkara yang lebih buruk, Allah telah terlebih dahulu memberi kita petunjuk dengan apa yang telah berlaku (isu kalimah Allah).  Supaya kita dapat sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku.  Supaya kita sedar, siapa kawan dan siapa lawan.  Tidak sedar lagikah kita? Masihkah kita ingin berpaling dari Kitab Suci al-Quran yang menjadi pegangan kita selama ini?  Janganlah kita menjadi seperti golongan-golongan yang telah dibinasakan oleh Allah seperti yang telah dikisahkan di dalam al-Quran.

Ucapan tahniah kerana pembangkang telah berjaya menganjurkan Himpunan Shamsidar yang telah berjaya dihadiri oleh berpuluh ribu orang.  Tetapi amat malang sekali kerana, tiada perhimpunan sebesar itu yang dianjurkan untuk menentang penggunaan kalimah Allah di dalam Bible bahasa Melayu.  Inikah orang-orang Islam yang benar-benar memperjuangkan agama Islam?   Tidak dapatkah kita berfikir, yang mana lebih mulia, Allah atau Shamsidar?

Dan sekarang, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan menyeru supaya Haji Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama PAS.  Kerana dulu PAS, DAP dan PKR telah sebulat suara bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah.  Nampak gayanya, PAS sekarang juga tersepit.  
Kalau nak senang, elok sangatlah kalau PAS dapat keluar dari pakatan pembangkang.  Sebab, PAS dulu terkenal dengan parti dan perjuangan Islamnya.  Jadi, dalam soal ini, pasti ramai yang menunggu jawapan Haji Hadi berkenaan seruan Karpal Singh tersebut.  Yang pasti, ramai juga yang nak tahu, sama ada PAS benar-benar berjuang untuk agama Islam, atau untuk politik semata-mata.   Kita tengok saja nanti, atau Haji Hadi akan bersikap seperti kebiasaannya, hanya diam membisu...
                       
                                                                                             


0 comments:

Catat Ulasan