Khamis, 24 Januari 2013

Ulama Pewaris Nabi?

   Memang benar, ada hadis yang mengatakan ulama itu pewaris nabi.  Tetapi ulama yang macam mana?  Adakah dengan memakai jubah dan serban, sudah boleh dianggap ulama?  Atau yang pandai membaca al-Quran dan Hadis, sudah boleh dianggap ulama?

   Hadis tersebut benar, ulama sememangnya pewaris nabi, tetapi apakah maksud pewaris/waris?  Apa yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bukan sekadar al-Quran dan Hadis, tetapi termasuk juga sunnah.  Tetapi cukupkah dengan semua ini untuk dilabelkan ulama pewaris nabi?  Kebanyakan kita percaya, dengan tiga perkara tersebut sudah memadai untuk menjadi ulama. Betul... Tetapi, untuk  benar-benar menjadi ulama pewaris nabi, yang sering dilupakan dan yang sering ditinggalkan ialah keperibadian Nabi Muhammad itu sendiri.

    Jadi, kalau ada yang tidak berperibadi seperti Nabi Muhammad s.a.w. tak usah lah anggap diri itu sebagai ulama pewaris nabi!  Nabi Muhammad tidak suka perpecahan kepada umat Islam, tapi kita sekarang berpecah belah.  Nabi Muhammad suruh kita berpegang kepada al-Quran dan Hadis, tapi kita lebih taksub kepada amanat.  Apa nak jadi ni?

    Sememangnya, ulama-ulama kita sekarang sibuk sangat dengan politik!  Soal global tak mahu ambil tahu langsung.  Maaf saya kata begitu.  Senang cerita, saya ambil contoh, kegemparan pada 21hb Disember 2012 dahulu.  Benar, itu bukan tarikh kiamat.  Sebab kita memang tidak akan tahu bila dunia akan kiamat.   Tapi mengapa tidak kita guna peluang itu untuk lebih kita sedar tentang kedatangan hari kiamat?

    Lihatlah dunia kita sekarang...Rusia melarang Israel dari menyerang Iran.  Kenapa ?  Kerana ini pasti akan memulakan Perang Dunia ke 3.  Dan lihat peristiwa di Mali, hanya Perancis yang menghantarkan tenteranya, tetapi tidak negara-negara barat yang lain, kerana di Mali banyak militan Islam yang terlibat, ini boleh menyebabkan perang Salib.

    Dan lihatlah di Malaysia sendiri, dengan isu kalimah Allah, pengedaran Bible, dan sesetengah orang Islam yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.  Dan bagaimana pula dengan ulama-ulama yang mengutuk dan mengeluarkan kata-kata kesat.  Ulama kah ini ?  Beginikah keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

    Kerana itu ada ayat al-Quran yang menyuruh kita berpegang kepada al-Quran dan Hadis.  Maaflah saya cakap, Allah sendiri sebut Al-Quran dan Hadis sahaja.  Tiada pun sebut ulil amri, mahupun ulama-ulama.  Kerana pasti ada ulama-ulama yang mempergunakan ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan sendiri/parti, dan bukan sebenar-benar untuk kepentingan agama.

   Saya malas nak tulis tentang sepotong ayat al-Al-Quran berkenaan dengan ulama-ulama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan sendiri ni.  Tetapi kalau dah teruk sangat, saya akan tulis.

0 comments:

Catat Ulasan