Khamis, 14 Februari 2013

PAS dan DAP Bercakaran?

Kalau kita lihat, kebelakangan ini, tidak habis-habis pertelingkahan antara Karpal Singh dan pemimpin-pemimpin PAS.  Isu pokok adalah kuasa siapa yang paling besar, Karpal Singh atau Majlis Syura Ulama PAS.

Sebagai seorang peguam, Karpal Singh sepastinya tidak akan mengaku kalah.  Apatah lagi hujah beliau yang kukuh berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah yang telah dipersetujui pakatan pada 8hb Jan yang lalu.

Dan begitu juga para pemimpin PAS.  Keputusan Majlis Syura adalah muktamad.  Seandainya mereka kalah atau akur kepada desakan Karpal, bermakna sekali lagi mereka akan membuat U-turn.  Dan ini akan terus-terang menampakkan pendirian mereka yang tidak tetap dan setentunya hanya menjadi pak turut kepada DAP.  Ini boleh merosakkan kepercayaan penyokong akar umbi mereka yang kini sudah pun berbelah bahagi, dan mendesak Majlis Syura supaya menyatakan pendirian mereka.  Mahu tidak mahu, Majlis Syura harus berpegang kepada keputusan mereka.  Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Karpal.

Semakin dekat dengan PRU13, semakin terserlah perselisihan antara pemimpin PAS dan DAP.  Sememangnya sudah tiada pakatan antara PAS dan DAP.  Yang perlu PAS lakukan sekarang hanyalah keluar dari pakatan, semudah itu sahaja!


0 comments:

Catat Ulasan