Ahad, 3 Februari 2013

Pemimpin DAP Selangor bakal sertai BN?

    ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil mendedahkan bahawa seorang pemimpin DAP Selangor telah menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO dalam masa yang terdekat ini.  Namun, siapakah pemimpin  DAP itu, masih menjadi rahsia, namun akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.

    Sememangnya, memang dah ramai, tidak kira dari akar umbi atau dari pemimpin-pemimpin DAP yang tidak berkenan dengan perjuangan dan corak kepimpinan DAP atau Guan Eng.  Baguslah kalau macam tu, sekurang-kurangnya masih ada orang-orang dalam DAP yang boleh berfikir secara rasional dan tahu mana yang betul dan mana yang salah.  Tidak hanya jadi macam lembu yang dicucuk hidungnya.

    Tapi, yang hairannya, kalau dah ramai ahli/pemimpin DAP sendiri yang tidak berkenan dengan DAP, dan sanngup keluar dari DAP, apasal la PAS masih lagi sanggup bersekongkol dengan DAP?  Sedangkan selama ini, kita sudah sedia maklum, PAS hanya dipergunakan oleh DAP.  Apa lagi yang PAS tak faham?  Takutkah PAS untuk keluar dari pakatan?  Kalau takut, maknanya PAS tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri!  Kalau PAS kata, terpulang pada DAP dan PKR untuk terima atau tidak keputusan Majlis Syura, maknanya tiada pakatan dalam Pakatan!  Jadi, baik ta payah buat pakatan langsung, kalau semua yang PAS nak buat tak boleh, sebab ditentang oleh DAP dan PKR!  Kalah cerita Maharaja Lawak Mega kalau macam ni....

0 comments:

Catat Ulasan