Lambang PAS, Kebetulan Atau Sudah DiTakdirkan?

Sebagai membuktikan mukjizatnya sebagai Rasul, Nabi Muhammad s.a.w. telah membelah dua bulan.

Nik Aziz, Nasharudin dan Karpal Singh: Kisah Isteri Tua dan Isteri Muda

Nasharudin kena cerai talak berapa? Kalau talak tiga, kena cari 'cina buta' dulu.

3 Lemas Dalam Jip

Maran : “Ayah dah nak pergi.” Itu bisikan terakhir Abd Zahran Asran, 28, kepada anak sulungnya sebelum keluar rumah untuk menyertai aktiviti lasak dalam kawasan hutan di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, yang berkesudahan dia bersama dua rakan menemui ajal, malam kelmarin.

Bagaimana Dengan Pemilihan CEC DAP?

Mengapa kelu diam membisu? Ambiga sudah didesak. Tunggu apa komen beliau nanti.

Nak Desak Guan Eng Segera Mohon Maaf?

Kalau dah Tok Guru Nik Aziz mengangkat Guan Eng sebagai Khalifah Umar al-Aziz, nak buat macam mana lagi? Apa komen penyokong akar umbi PAS ?

Shila kembali selepas 'hilang' sekejap

GEORGETOWN: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.

Ahad, 17 Februari 2013

ROS Siasat DAP

Tempoh sudah tamat 10hb Feb lalu, namun DAP tidak juga menyerahkan dokumen seperti yang diminta oleh ROS, sama ada mencabar ROS atau ada sesuatu yang disembunyikan.  Kini ROS mengambil tindakan untuk menyiasat DAP.  

Mungkin ROS juga patut menggantung parti DAP buat sementara waktu, dan menghalang mereka dari menyertai PRU13 nanti.  Itu lebih baik dari mereka dimalukan oleh penyokong-penyokong mereka sendiri sewaktu PRU13 nanti.

Tapi ingat, Guan Eng pasti tidak akan berdiam diri, akan timbul isu-isu yang akan disuarakan nanti bagi menyalahkan pihak lain dalam soal ini.  Kita tengok sahaja nanti!

PAS Mungkin keluar pakatan?

PAS mungkin keluar pakatan
Maka berkata Haji hadi bahawa PAS mungkin akan keluar dari pakatan seandainya pakatan bersama DAP dan PKR merugikan agama Islam.   Entahlah, merugikan Islam atau kerana merugikan parti, kerana sudah ramai yang mendesak agar PAS keluar dari pakatan.



Ataupun, kerana sudah ada hukum yang dikeluarkan iaitu, memberi undi kepada PAS adalah haram!  



Walau apa-apa pun, PAS sememangnya sudah pun rugi sekarang.  Jika PAS keluar dari pakatan sekarang, masih sempatkah lagi untuk mereka menyusun atur calon untuk diletakkan di DUN dan Parlimen?  Atau terpaksa mengambil calon secara bidan terjun nanti?



Jika mereka tidak keluar dari pakatan sekarang, mereka akan rugi bila PRU13 nanti, kerana ramai yang tidak akan memberi undi kepada mereka kerana masih bersubahat dengan DAP dan PKR.



Yang menariknya, sewaktu memberi ceramah di Kg. Banggol Peradong, di mana asal terbitnya amanat Haji Hadi, Haji Hadi tidak sedikit pun menyentuh soal kalimah Allah, walhal isu itulah yang di nanti-nantikan oleh para penyokong untuk mengetahui pendirian PAS.



Yang pasti, kata-kata Haji Hadi itu ( keluar dari pakatan ) mungkin hanya sekadar ingin memujuk dan mengambil hati para penyokong akar umbi sahaja.


Sabtu, 16 Februari 2013

Ahli Pas perlu sokong Majlis Syura






Kesemua ahli Pas perlu menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah tidak boleh digunakan penganut agama lain selain umat Islam.




Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (gambar) berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa mengarahkan pihak luar mematuhi pendirian majlis itu berhubung perkara tersebut.


"Pendirian terkini Majlis Syura Ulama Pas dalam isu ini adalah jelas dan disokong 100 peratus ahli-ahli Pas.

"Terpulang kepada pimpinan tertinggi pakatan pembangkang mengubah pendirian yang diumumkan sebelum ini atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Johor mengulas desakan pelbagai pihak yang meminta Pas menyatakan pendirian sama ada parti itu kekal dengan persetujuan bersama pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah atau akur dengan ketetapan Majlis Syura Ulama Pas.

Pada 8 Januari lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pendirian pakatan pembangkang yang menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Pendirian bersama pakatan pembangkang itu turut dipersetujui Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Walau bagaimanapun, Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz dan Mohamad mengubah pendirian masing-masing setelah mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan penganut agama lain.




Jumaat, 15 Februari 2013

PAS terus di persoal

Selagi PAS mengambil sikap berdiam diri berhubung persetujuan dalam pakatan pada 8hb Jan lalu, selagi itulah PAS akan didesak dan dipersoalkan berhubung isu kalimah Allah.  Seperti cakap Nik Aziz, beliau sudah tidak mahu campur tangan.  Jadi hanya tinggal Haji Hadi seorang diri sahaja sekarang.

Sememangnya, PAS benar-benar tersepit sekarang ini, di antara kehendak penyokong akar umbi PAS ( mahupun untuk menarik pengundi baru ) dan juga kehendak pakatan DAP dan PKR.

Ini adalah ujian terbesar bagi PAS, dan juga akan menjadi dalil kepada seluruh rakyat Malaysia, sama ada PAS akan memilih untuk berjuang bagi menegakkan agama Islam dan memelihara kesucian kalimah Allah, atau terpaksa akur dengan desakan pakatan, terutama DAP, dan memilih perjuangan politik semata-mata.

Seperti PAS Kedah yang kepanasan dengan isu penggondolan tanah hutan untuk pembalakan, Nik Aziz dan Haji Hadi juga sudah kepanasan sekarang dalam membuat keputusan.

Walau apa-apa pun, PRU13 sudah tidak lama lagi.  PAS akan senasib dengan DAP ( Guan Eng ), kerana masing-masing mengambil sikap berdiam diri.  Yang pasti, nasib mereka sebenarnya terletak ditangan pengundi-pengundi sekarang ini.

Artikel penuh :

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pas terus didesak menyatakan pendirian sebenar mereka sama ada selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti atau majlis kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang berhubung isu... 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik#ixzz2KywNPxvI

Kalimah Allah: Lagi desak Haji Hadi

KOTA BHARU 14 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus didesak menarik balik pendiriannya bersama pakatan pembangkang sebelum ini yang bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam. 

Nak buat macam mana, ditelan mati mak, diluah mati bapa, begitulah keadaan PAS sekarang.  Benarlah kata orang, hidup ini umpama roda, kejap kat atas, kejap lagi kat bawah.  Hari ni kita hina orang, besok-besok orang hina kita balik.  

Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel 'Ulama Pewaris Nabi', maaf saya katakan, ulama-ulama sekarang, ramai yang cenderung kepada politik.  Hanya segelintir sahaja yang benar-benar menghayati agama Islam dan tidak menceburkan diri dalam politik.

Akhirnya, ini lah yang jadi kepada PAS, dan maafkan saya sekali lagi, jika saya katakan, bila terjadi begini, lambat laun orang ramai akan hilang kepercayaan kepada para ulama.  Dan bila sudah hilang kepercayaan kepada ulama, lambat laun, akan terhakis juga kepercayaan kepada agama Islam!



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik#ixzz2KytPQGkY

Benar! Beri Undi Pada PAS Haram.


Semakin hari semakin banyak kenyataan yang mengatakan memberi undi kepada PAS adalah haram.  Ini adalah kerana PAS masih bersubahat dengan DAP.    

Namun begitu, biarpun semakin hari semakin banyak dan lantang kenyataan yang mengatakan memberi undi pada PAS adalah haram, Nik Aziz dan Haji Hadi hanya mengambil sikap berdiam diri sahaja.  Apatah lagi yang mengeluarkan kenyataan adalah para ulama, guru-guru pondok, malah bekas pengasas PAS sendiri.

Seperti yang telah saya nyatakan di dalam artikel-artikel saya sebelum ini, mungkin PAS ingin mengambil langkah seperti Guan Eng, mengambil sikap berdiam diri, dan mencari isu-isu lain bagi mengalih perhatian orang ramai.

Berikut adalah petikan artikel berkenaan yang disiarkan di dalam akhbar Utusan.

KOTA BHARU 14 Feb. - "Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram."
Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.
Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.
"Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.
"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130215/po_02/Benar-beri-undi-kepada-Pas-haram#ixzz2KyqIKTJo 

Khamis, 14 Februari 2013

Tun M jawab isu UMNO tipu PAS


Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan UMNO tidak pernah menipu atau menjadi punca perpecahan Pas sehingga membuatkan parti tersebut mengambil langkah keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 1978.

Menurut bekas Perdana Menteri, apa yang dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas telah ditipu UMNO semasa parti itu berada dalam BN adalah tidak benar malah tidak dijelaskan secara terang.

''Saya sebagai menteri dalam Kabinet Tun Hussein (Allahyarham Tun Hussein Onn) ketika Pas keluar daripada BN. Saya juga ada dalam Kabinet Tun Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) bersama Presiden Pas, Datuk Mohd. Asri Muda dan Datuk Hassan Adli semasa Pas menyertai BN.

''Mohd. Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian serta bertanggungjawab terhadap Felda. Setelah beberapa bulan Pas berada dalam BN, ahli-ahli UMNO Johor membuat aduan kepada Tun Abdul Razak dalam majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung UMNO bahawa Mohd. Asri giat mempromosikan Pas terhadap peserta Felda. Saya berada di sisi Tun ketika itu,'' katanya menerusi blognya, http://chedet.cc.

Dr. Mahathir menambah, ketika itu, secara kebetulan hampir semua peserta Felda terdiri daripada penyokong kuat UMNO dan tindakan sedemikian membuatkan peserta Felda mula menolak UMNO.

''Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat penyertaan Pas tidak menolong BN. Ia hanya untuk memberi peluang kepada Pas mengembangkan pengaruh dalam kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

''Di waktu itu timbul sengketa antara Mohd. Asri sebagai ketua Pas dengan Datuk Mohd. Nasir sebagai Menteri Besar untuk ganti Mohd. Asri. Mohd. Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan Mohd. Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan,'' ujarnya.

Katanya, Mohd. Asri cuba menyingkirkan Mohd. Nasir melalui undi tidak percaya dan walaupun kalah, Mohd. Nasir enggan meletak jawatan.

Jelasnya, ramai ahli Pas memihak kepada Mohd. Nasir dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Mohd. Asri.

''Kerana Pas berpecah, Kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan. Pada Mac 1978, pilihan raya peringkat negeri diadakan di Kelantan.

''Mohd. Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan Pas. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga memenangi 11 kerusi. Pas memenangi hanya dua kerusi,'' katanya.

Menurut Dr. Mahathir, perpecahan dalam Pas bukan kerana UMNO tetapi kerana Mohd. Nasir mencabar kepemimpinan Mohd. Asri.

''Kekalahan Pas menyebabkan Pas keluar daripada BN. Tidak ada penipuan oleh UMNO. Walau apa pun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai, orang Islam disuruh oleh agama supaya menyambut seruan kedamaian.

''Orang Islam disuruh bersatu padu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatu padu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas,'' katanya.

PAS dan DAP Bercakaran?

Kalau kita lihat, kebelakangan ini, tidak habis-habis pertelingkahan antara Karpal Singh dan pemimpin-pemimpin PAS.  Isu pokok adalah kuasa siapa yang paling besar, Karpal Singh atau Majlis Syura Ulama PAS.

Sebagai seorang peguam, Karpal Singh sepastinya tidak akan mengaku kalah.  Apatah lagi hujah beliau yang kukuh berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah yang telah dipersetujui pakatan pada 8hb Jan yang lalu.

Dan begitu juga para pemimpin PAS.  Keputusan Majlis Syura adalah muktamad.  Seandainya mereka kalah atau akur kepada desakan Karpal, bermakna sekali lagi mereka akan membuat U-turn.  Dan ini akan terus-terang menampakkan pendirian mereka yang tidak tetap dan setentunya hanya menjadi pak turut kepada DAP.  Ini boleh merosakkan kepercayaan penyokong akar umbi mereka yang kini sudah pun berbelah bahagi, dan mendesak Majlis Syura supaya menyatakan pendirian mereka.  Mahu tidak mahu, Majlis Syura harus berpegang kepada keputusan mereka.  Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Karpal.

Semakin dekat dengan PRU13, semakin terserlah perselisihan antara pemimpin PAS dan DAP.  Sememangnya sudah tiada pakatan antara PAS dan DAP.  Yang perlu PAS lakukan sekarang hanyalah keluar dari pakatan, semudah itu sahaja!


Harun Tempelak Karpal


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan beliau tidak rela Pengerusi DAP, Karpal Singh campur tangan dalam urusan Majlis Syura Ulama parti itu.
Menurut Harun, Karpal tidak boleh campur tangan dalam urusan Majlis Syura Ulama Pas walaupun Pas dan DAP berada dalam satu pakatan.

''Saya tak suka orang lain ataupun dia campur tangan.
''Saya harap Karpal jangan lagi campur tangan hal dalaman Majlis Syura Ulama. Saya pun malas nak melayan dia," tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal yang menganggap dakwaan Majlis Syura Ulama menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai spekulasi semata-mata.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengenai penolakan Majlis Syura Ulama parti itu berkaitan pelantikan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Karpal juga mahu Majlis Syura Ulama Pas menghormati keputusan bersama yang dicapai oleh pemimpin pakatan pembangkang tentang isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Selain kenyataannya hari ini, pada 3 Februari lalu Harun turut menyanggah tindakan Karpal apabila Pengerusi DAP itu cuba mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Harun menegaskan, Karpal tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman parti lain dan dalam masa sama mempertikaikan kelayakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memberikan pandangan dalam isu tersebut.

Harun seterusnya berkata, soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon, tidak kira sama ada Anwar atau Abdul Hadi.

Beliau meminta semua pihak supaya 'bersabar' dan menunggu berlangsungnya pilihan raya umum untuk mengetahui siapa sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti.

"Sebenarnya saya tak boleh jawab sekarang. Kita tunggu pilihan raya nanti. Yang pasti, calon yang menjadi Perdana Menteri adalah berdasarkan populariti.

"Siapa yang dapat sokongan ramai atau paling popular, tak kira Anwar atau Abdul Hadi, dialah yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya.


Rabu, 13 Februari 2013

DAP Yakin PAS Sokong Anwar

Maka berkatalah Karpal Singh yang PAS akan tetap menyokong keputusan pakatan pembangkang yang memilih Anwar sebagai Perdana Menteri seandainya pembangkang memenangi PRU13 nanti.

Beliau menganggap dakwaan Majlis Syura PAS menolak Anwar sebagai Perdana Menteri adalah spekulasi semata-mata.

Terpulanglah kepada Karpal untuk membuat apa-apa andaian.  Tetapi beliau sepatutnya sedar dan tahu apa yang dirungut oleh penyokong PAS dari akar umbi.  Yang penting kita tunggu dan lihat sahaja nanti bila tibanya PRU13 nanti!