Lambang PAS, Kebetulan Atau Sudah DiTakdirkan?
Sebagai membuktikan mukjizatnya sebagai Rasul, Nabi Muhammad s.a.w. telah membelah dua bulan.
Nik Aziz, Nasharudin dan Karpal Singh: Kisah Isteri Tua dan Isteri Muda
Nasharudin kena cerai talak berapa? Kalau talak tiga, kena cari 'cina buta' dulu.
3 Lemas Dalam Jip
Maran : “Ayah dah nak pergi.” Itu bisikan terakhir Abd Zahran Asran, 28, kepada anak sulungnya sebelum keluar rumah untuk menyertai aktiviti lasak dalam kawasan hutan di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, yang berkesudahan dia bersama dua rakan menemui ajal, malam kelmarin.
Bagaimana Dengan Pemilihan CEC DAP?
Mengapa kelu diam membisu? Ambiga sudah didesak. Tunggu apa komen beliau nanti.
Nak Desak Guan Eng Segera Mohon Maaf?
Kalau dah Tok Guru Nik Aziz mengangkat Guan Eng sebagai Khalifah Umar al-Aziz, nak buat macam mana lagi? Apa komen penyokong akar umbi PAS ?
Shila kembali selepas 'hilang' sekejap
GEORGETOWN: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.
Isnin, 11 Februari 2013
Happy Chinese New Year
PRU13: PDRM yakin tidak akan ada 'Arab Spring'

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, sehingga ini polis sedang memantau kemungkinan itu.
"Setakat ini tiada maklumat pihak asing campur tangan dalam hal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keselamatan jalan
raya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan ketua polis daerah.
Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak tentang kemungkinan berlaku campur tangan asing dalam PRU-13 berasaskan keadaan politik semasa.
Mengenai kebimbangan kemungkinan pihak pembangkang melakukan kegiatan 'Arab Spring' jika tewas pada PRU13, beliau yakin ia tidak berlaku kerana tahap
kesedaran rakyat terhadap kepentingan keselamatan negara semakin meningkat.
Katanya polis sudah siap sedia untuk menghadapi PRU13 dan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut undang-undang
yang digariskan.
Beliau berkata, polis juga memerlukan kerjasama orang ramai bagi membolehkan proses pilihan raya di negara ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak
diingini. - Bernama
Ahad, 10 Februari 2013
Majlis Syura Tolak Anwar

Kita sudah dapat melihat, apa yang terjadi di Pulau Pinang. Mungkin kita tidak akan boleh menggunakan nama Malaysia sewenang-wenangnya tanpa kelulusan Perdana Menteri. Akan wujudkah lagi rumah kos rendah mampu milik yang berharga RM200,000 ke bawah. Mungkin juga kalimah Allah akan digunakan sewenang-wenangnya. Bagaimana pula dengan aktiviti-aktiviti agama Islam. Dan mungkin juga bila PRU14 menjelang tiba, tidak dibenarkan pula sepanduk-sepanduk atau bendera parti selain dari DAP yang akan dibenarkan digantung.
Seandainya terjadi sedemikian, tiada guna lagi perkara ini untuk dibawa ke mahkamah atau sebagainya. Jadi, dalam hal ini, siapa yang sebenarnya yang rugi? Tidak lain tidak bukan ialah orang-orang Melayu dan Islam, dan juga seluruh rakyat Malaysia yang sukakan keamanan dan yang mahu hidup dalam harmoni.
Sabtu, 9 Februari 2013
Ariel Sharon : Berita Terkini
Setelah 7 tahun berada di dalam keadaan koma, kerana mendapat stroke yang teruk pada 4 Jan. 2006, akhirnya beliau bangkit dari koma apabila dapat memberi sedikit tindakbalas.
Bermacam-macam cerita yang kita dengar tentang keadaan Ariel Sharon, ada yang memaparkan foto Ariel Sharon yang seumpama firaun, malah ada juga yang menyatakan semasa hampir koma, Ariel Sharon sempat menceritakan kepada setiausahanya tentang apa yang dialaminya iaitu balasan kerana menganiayai penduduk Palestine.
Sememangnya, biasalah keadaan semacam itu. Sudah banyak kali saya mengalami /mendengar peristiwa di mana, seseorang yang sakit tenat yang sudah menghampiri saat-saat kematiannya, namun Allah telah memberi peluang dengan 'menyihatkan' seseorang itu dalam jangkamasa waktu yang singkat. Sekadar memberi peluang untuk mereka menikmati sisa-sisa hidup mereka.
Pernah saya mendengar cerita dari saudara saya sendiri, di mana ibunya yang pada mulanya tenat, tetapi disaat-saat akhirnya, menjadi sihat sedikit, malah sempat meminta makanan seperti teh o dan nasi. Malah beliau dapat makan dengan berselera sekali. Namun begitulah hakikatnya. Keesokan harinya, beliau meninggal dunia.
Berbalik kepada Ariel Sharon, saya amat yakin, masa untuk beliau berada di dunia ini sudah tidak lama. Selama 7 tahun beliau tersiksa di alam lain. Tidak di bumi, malah tidak juga di langit kerana kezaliman beliau. Tunggu sahajalah nanti, sekejam manapun seseorang itu, pasti akan mati jua.
Rujuk Artikel :Hospital: Ariel Sharon responded to family photos, not in coma
Jumaat, 8 Februari 2013
Tabung Memali: C.N. Al-Afghani Lapor Polis
Ambiga perlu siasat CEC DAP
S.Ambiga didesak untuk membuat siasatan terhadap pemilihan CEC DAP, agar pemilihan CEC yang dijalankan oleh DAP benar-benar BERSIH. Lihat artikel 'Pengerusi Bersih perlu siasat CEC DAP'.
Kita pakat-pakat tengok nanti, apa pula komen Ambiga. Bagaimana pula agaknya dia nak menjawab dalam isu pemilihan CEC ni. Jika beliau selalu mendesak orang ramai supaya memastikan pilihanraya, mahupun senarai daftar pemilih benar-benar bersih. Maka beliau juga seharusnya menyiasat pemilihan CEC DAP, supaya beliau benar-benar boleh dianggap sebagai seorang yang telus, adil dan layak untuk menjadi Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.
Jika Ambiga menolak untuk menyiasat atau hanya berdiam diri, maka sesungguhnya, kita akan tahu sikap sebenar Ambiga!
ABIM Hina Isteri Rasulullah?
Blog Malaysia News Network berkata pertubuhan itu (ABIM) jelas mempersendakan Saiditina Khadijah apabila ABIM menganugerahkan Anugerah Saiditina Khadijah kepada Datin Seri Wan Azizah.
Atas dasar apa agaknya yang melayakkan Wan Azizah untuk menerima anugerah tersebut? Dengan suaminya yang banyak dengan isu moralnya. Dan jika kita lihat kebelakangan ini, dengan pelbagai isu yang timbul menjelang PRU13, hampir tiada sebarang kenyataan yang keluar dari mulut Wan Azizah. Dalam isu kalimah Allah, pemilihan CEC, gangnam style dan banyak lagi. Jadi, atas dasar apa?Agak elok sekiranya anugerah tersebut diberikan kepada isteri pemimpin dari parti PAS, kerana sememangnya, kita sedia maklum, PAS adalah parti yang dikatakan memperjuangkan agama Islam. Adakah PKR atau Anwar memperjuangkan agama Islam? Atau anugerah tersebut diberikan kepada Wan Azizah, atas dasar kerana Anwar ingin membawa 'Arab Spring' ke dalam negara ini?
Khamis, 7 Februari 2013
Nik Aziz, Nasharudin dan Karpal Singh: Kisah Isteri Tua dan Isteri Muda

Maka berkatalah Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bahawa PAS cukup sayang dengan DAP. PAS takut kalah PRU13 jika keluar dari Pakatan. PAS sanggup 'ceraikan' Nasharudin, tapi tidak mungkin dengan Karpal Singh (DAP).
Nasharudin sudah lama dalam PAS, maka sesuailah Nasharudin ni, kita anggap sebagai isteri tua. Manakala Karpal Singh (DAP) ni, isteri muda, sebab baru berkerjasama dalam Pakatan dengan PAS dan PKR. Dan dah jadi lumrah dunia, siapa yang tak sayang isteri muda. Isteri muda ni banyak kelebihan! Sama juga macam Karpal Singh, dalam perundangan pun dia cerdik, dia pun tegas.. Lebih tegas dari Haji Hadi dan Nik Aziz.
Dari segi layanan? He..he..he... macam Tun cakap juga la.... Karpal Singh siap buat kek harijadi lagi, dan jemput Nik Aziz berkunjung ke rumah! Tapi, tak pernah pula kita dengar mana-mana pemimpin PAS yang buat sambutan harijadi ( termasuk Nasharudin sendiri ) untuk Nik Aziz. Ini lah kelebihan beristeri muda!
Tapi ingat! Adat dunia, kalau sang suami dah jatuh sakit, dan nazak, siapakah agak-agaknya yang akan sanggup menjaga sang suami yang sedang sakit? Isteri muda? He..he..he.. biasanya, yang muda ni akan cari pengganti yang lain. Akhirnya, isteri tua jugalah yang akan menjaga sang suami hingga ke akhir hayat!
Rabu, 6 Februari 2013
Nasharudin Terima Surat Pemecatan
Alhamdulillah, pukul 10.31 pagi tadi saya menulis pasal surat pemecatan Nasharudin dan juga Nasharudin yang perlu menghantar surat jika ingin merayu untuk menyertai semula Majlis Syura Ulama, tidak semena-mena, petang tadi Nasharudin telah menerima surat pemecatan secara rasmi dari Majlis Syura Ulama.
Yang menariknya, surat tersebut bertarikh 14 Jan, manakala tarikh cop pejabat POS pula ialah 30 Jan. Saya tidak dapat mendengar dengan teliti sama ada ianya dipos menggunakan pos laju atau pos express. Namun saya menjangkakan ianya dipos menggunakan sampul pos express kerana ianya lebih mudah. Dan biasalah, kalau menggunakan pos express, paling lewat pun 5 hari bekerja.
Yang menjadi persoalannya, mengapa hanya baru dipos? Setelah 16 hari berlalu? Atau tarikh pada surat tersebut adalah tarikh palsu? Kerana ada blog yang mengatakan surat pemecatan Nasharudin telah 'dihilangkan' atau telah disabotaj. Tetapi mengapa pula Nik Aziz mengatakan tidak perlu surat-menyurat, setelah pemecatan itu diumumkan oleh beliau sendiri? Dan seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz, seperti membayangkan pada hakikat sebenarnya, surat pemecatan tersebut tidak pernah wujud pada awalnya.
Mungkin kerana desakan pelbagai pihak, atau jika diambil tindakan di mahkamah, pemecatan tersebut tidak akan sah tanpa surat pemecatan yang rasmi?
Walau apa-apa pun yang berlaku, pastinya kemunculan surat pemecatan ini akan menimbulkan satu lagi kemelut di dalam PAS.
Isu Gangnam Style Di Pulau Pinang
Apa hebatnya Gangnam Style?
Heboh juga pasal gangnam style di Pulau Pinang. Bukan takat dunia je dilanda wabak gangnam style. Dari budak kecik sampai mak bapak budak, dari watak kartun, hingga orang betul, semuanya terikut-terikut dengan gangnam style. Sampai ramalan pasal kiamat pun dikaitkan dengan gangnam style.
Maka heboh la juga pasal Psy yang dijemput ke Pulau Pinang atas tiket sambutan Tahun Baru Cina. Ramai yang menganggap ianya suatu pembaziran. Bagi saya, memang ianya suatu pembaziran. Dan maaflah jika saya katakan, agak silap juga bila pembangkang menegur pasal pembaziran ini, ianya dianggap mempolitikkan isu ini.
Pada pendapat saya, dengan sejumlah besar wang yang digunakan semata-mata untuk menjemput Psy datang ke Malaysia, adalah lebih baik jika ianya digunakan untuk membiayai artis-artis tempatan kita. Mungkin dengan sejumlah besar wang yang digunakan itu, ianya dapat memberi peluang kepada lebih ramai artis kita untuk mengambil bahagian. Artis kita pun apa kurangnya, tengoklah kalau ada undian sms, duit yang terkumpul sampai berjuta-juta. Begitu hebatnya artis kita.
Semoga, isu gangnam style ini menjadi satu pengajaran buat mereka yang menjemput Psy datang ke Pulau Pinang.
Dan tentang gangnam style, sekali lagi maafkan saya, jika saya katakan, apa hebatnya dengan meniru gaya haiwan seperti kuda. Kita ni manusia, bukan haiwan. Kalau kuda dapat tiru kita, itu baru benar-benar hebat! Ni orang yang dah puas jadi orang, tetiba menari gaya kuda! Agak kesian bagi orang yang menyanjungi gangnam style, biarpun atas alasan ianya satu seni.





.jpg)


