Lambang PAS, Kebetulan Atau Sudah DiTakdirkan?

Sebagai membuktikan mukjizatnya sebagai Rasul, Nabi Muhammad s.a.w. telah membelah dua bulan.

Nik Aziz, Nasharudin dan Karpal Singh: Kisah Isteri Tua dan Isteri Muda

Nasharudin kena cerai talak berapa? Kalau talak tiga, kena cari 'cina buta' dulu.

3 Lemas Dalam Jip

Maran : “Ayah dah nak pergi.” Itu bisikan terakhir Abd Zahran Asran, 28, kepada anak sulungnya sebelum keluar rumah untuk menyertai aktiviti lasak dalam kawasan hutan di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, yang berkesudahan dia bersama dua rakan menemui ajal, malam kelmarin.

Bagaimana Dengan Pemilihan CEC DAP?

Mengapa kelu diam membisu? Ambiga sudah didesak. Tunggu apa komen beliau nanti.

Nak Desak Guan Eng Segera Mohon Maaf?

Kalau dah Tok Guru Nik Aziz mengangkat Guan Eng sebagai Khalifah Umar al-Aziz, nak buat macam mana lagi? Apa komen penyokong akar umbi PAS ?

Shila kembali selepas 'hilang' sekejap

GEORGETOWN: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.

Sabtu, 2 Februari 2013

PAS Sudah Habis!!!

 



 Baru sebentar tadi saya menonton berita TV9, dan sememangnya, bagaikan dijangka, Karpal Singh dengan beraninya menyatakan bahawa, keputusan Majlis Syura Ulama PAS tidak boleh diambil kira kerana ianya hanya keputusan dari sebelah pihak sahaja.  Dan beliau tetap bertegas dengan keputusan yang dipersetujui oleh pakatan, iaitu boleh menggunakan kalimah Allah.

  Dan sememangnya, kita semua sudah sedia maklum, DAP dan PKR berani menegur dan menentang segala keputusan PAS yang tidak mengikut telunjuk mereka.  Kerana DAP adalah parti dominan dalam pakatan.  Begitu juga sewaktu isu kedai gunting rambut dan juga penangkapan khalwat orang bukan Islam, PAS terpaksa mengalah.  Begitu juga dalam kes negara Islam, PAS terpaksa tukar kepada negara berkebajikan.

   Ini photo yang saya dapat dari blog pilihan-anda.blogspot.com, berkaitan sambutan harijadi Nik Aziz



   Kalau Najib ke Gaza kerana ingin membantu umat Islam di sana dianggap hipokrit tahap durjana, macam mana pula dengan gambar kat atas.  Tak ada komen apa-apa ke dari ketua-ketua pemuda PAS? Jangan la berdiam diri dan bersikap hipokrit juga!

  Kini Karpal Singh tidak mahu menggunapakai keputusan Majlis Syura Ulama PAS, malah menegaskan kenyataan Presiden PAS, iaitu Haji Hadi bahawa isu kalimah Allah telah selesai dan DAP telah bersetuju/akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS, adalah tidak benar.  Jadi, siapa yang berbohong sebenarnya?  Haji Hadi kah, atau Karpal Singh kah?   Ho..ho..ho... satu tamparan hebat buat PAS!!! Kita tunggu dan lihat sahaja nanti, apa komen Haji Hadi dan Nik Aziz dalam hal ini.  Berani tak mereka menentang Karpal Singh nanti.  Atau perlu kena suruh Mat Sabu keluarkan pendapat dulu, untuk test power.. he..he...he...

  Nak buat macam mana, ulama yang tegas-tegas, semua dah kena pecat, dah tak ada taring nak menggigit.  Macam beberapa waktu dahulu, pemimpin PAS kata Najib yang kena bertanggungjawab dalam mempertahankan kalimah Allah, sebab dia pemimpin negara.  Amboi..amboi..amboi...senangnya dia orang nak lepaskan tanggungjawab!  Bukankah PAS adalah parti yang memperjuangkan agama Islam?  Dan bukankah PAS juga yang ingin mendirikan negara Islam? Dan bukankah PAS juga yang melabel UMNO sebagai kafir?  Apa cerita ni?  Mana perginya laungan jihad orang-orang PAS?  Tabik hormat pada mereka yang usung sepanduk tengah-tengah panas kerana mempertahankan kalimah Allah.  Bukan pada mereka yang syok-syok duduk dalam bilik aircond untuk buat keputusan, tapi keputusan dah tak laku dah sekarang!

   Kita tengok besok dan lusa nanti, apa komen dari pemimpin-pemimpin PAS.  Isu ini makin panas sekarang!  Ramai yang bertanya kepada saya,  kenapa baru sekarang menulis blog pasal politik.  Sememangnya, pada awalnya, saya tidak minat politik.  Tetapi, bila timbul isu kalimah Allah, memang sebagai orang Islam, saya tidak boleh berdiam diri.  Ada tanggungjawab di atas batang tengkuk saya untuk mempertahankan kesucian kalimah Allah.  Saya juga ada menghantar rencana kepada satu akhbar arus perdana tentang isu kalimah Allah, sebelum dari PAS buat U-turn, tapi tidak pula disiarkan, tak tahu la mengapa.  Bila dok bincang-bincang dengan member, member mengesyorkan untuk menulis blog, lagi senang.

  Sebenarnya, dalam isu kalimah Allah, pada hakikatnya PAS memang tidak bersetuju dengan pengunaan kalimah Allah.  Cuma kenyataan Haji Hadi yang perlu difahami betul-betul.  Tetapi Haji Hadi tidak berani untuk mengatakan 'tidak boleh untuk digunakan di dalam Bible Bahasa Melayu' sebagaimana yang digesa oleh Guan Eng. Kerana nak jaga hati Guan Eng, dan PAS masih perlu dengan pakatan dengan DAP.   Tetapi ini juga bahaya, sebab dalam kes yang asal, ialah penggunaan kalimah Allah di dalam bahan bercetak.  Jadi ini termasuklah bible bahasa melayu.

   Oleh kerana, kenyataan Haji Hadi menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong PAS sendiri, dan menyebabkan berlakunya perpecahan, maka terpaksa lah pemimpin PAS membuat U-turn.  Dengan tidak membenarkan pengunaan kalimah Allah.  Namun, nasi dah jadi bubur, sebab mereka lupa, masa mereka bersetuju dulu, mereka berada dengan Karpal Singh, sedangkan Karpal Singh adalah peguam tersohor.  Bak macam cerita orang putih, bila kena tangkap polis, mesti polis cakap, "

  • You have the right to remain silent.
  • Anything you say or do may be used against you in a court of law.

  Ini yang dipanggil 'Miranda Warning', sebab apa yang kita cakap atau buat akan diambil kira di mahkamah nanti.  Jadi pemimpin PAS sudah terperangkap dengan kata-kata mereka sendiri!  Itulah, kalau tidak berani mengatakan sesuatu yang benar secara terang dan jelas!

  Walau apa-apapun, kita tunggu sahaja lah komen dari Haji Hadi dan Nik Aziz tentang kenyataan terbaru dari Karpal Singh ini.  Nampak gayanya, sia-sia sahaja kunjungan Nik Aziz ke rumah Karpal Singh dan sambut hari jadi kat sana.  Kalau nak fikir-fikir, apa sebab agaknya Karpal Singh ajak Nik Aziz sambut hari jadi kat rumah dia, sebab perkara ni, mungkin tak pernah Nik Aziz buat.  Lepas tu, tup-tup Karpal Singh keluarkan kenyataan tegas macam tu.  Nampak sangat macam nak tunjuk kat orang ramai bahawa seorang tok guru, mursyidul am PAS lagi, sanggup ikut telunjuk Karpal Singh!

  InsyaAllah, jika ada masa, ada umur panjang, selepas saya menulis tentang isu tanah di Gua Musang, saya akan menulis pula satu ayat al-Quran tentang satu golongan yang ditinggikan darjatnya dengan menggunakan ayat-ayat Allah ( al-Quran ), tapi pada hakikat sebenarnya, mereka itu yakni golongan itu tidak ubah seperti........   

  Sengaja buat suspen, tunggu sahaja tulisan saya nanti..  Tapi ingat ! Pesan dan nasihat saya, bila baca tulisan saya berkenaan ayat al-Quran itu.  Saya cuma minta, kalian pembaca semua supaya membuka tafsir al-Quran, dan lihat sendiri pada ayat tersebut.  Ianya kata-kata Allah, dan semua kata-kata Allah adalah benar.  Cuma kita sahaja yang perlu menggunakan akal fikiran yang telah Allah berikan kepada kita untuk memahami dan memikirkannya.

  Salam sayang buat semua.. 

Perbetul Keputusan

  

Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hasan Basri Mohd. meminta golongan ulama dalam PAS terutama Majlis Syura Ulama 'memperbetulkan' keputusan  memecat bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang dilihat dibuat tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya.

  Memang tak habis-habis isu Nasharudin ni.  Maknanya, masih ramai lagi yang sayang dan menyanjungi beliau.  PAS kena faham la, kalau ramai yang tak berkenan dengan pemecatan Nasharudin, maknanya, Nasharudin ni merupakan satu aset yang penting.  Kalau PAS nak buang juga, maknanya PAS juga yang rugi.

   Sebenarnya, tak payah la nak desak-desak PAS lagi untuk memperbetulkan apa yang dah berlaku.  Kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata buruk padahnya.  Sama macam isu kalimah Allah, Anwar masih lagi mendesak PAS supaya berpegang kepada persetujuan mereka dalam pakatan dahulu.  Akhirnya, PAS terpaksa U-turn, jadi apakah sekali lagi PAS akan U-turn dalam isu Nasharudin ni.

 Nasharudin memang sayang kepada PAS, tapi bukan pada pemimpinnya sekarang.  Kerana sewaktu zaman Fadzil Noor dulu, PAS berada di landasan yang betul, bukan macam sekarang.  Kalau dulu, ikut landasan yang betul, macam keretapi, start dengan perlahan lepas tu makin laju dan moga-moga sampai ke destinasi dengan selamat, tanpa tergelincir.  Tapi sekarang dah zaman 'bullet train', nak cepat sampai.. Tapi kalau tengok berita global, keretapi macam ni yang lebih banyak ditimpa musibah.

  Dan satu trend yang saya dapat lihat, kebanyakkan yang menegur isu pemecatan Nasharudin ni, ialah mereka yang pernah memegang jawatan dalam PAS, iaitu ex atau bekas pemegang jawatan.  Tiadakah yang masih lagi memegang jawatan yang mahu bersuara?  Mungkin kerana takut dipecat sama seperti Hasan Ali dan juga Nasharudin la gamaknya.

  Apa-apa pun, setelah ramai yang bersuara, sepatutnya Nasharudin kena la bagi komen sikit.  Kalau beliau berani untuk ke Gaza bersama Najib, tak kan lah sekarang tak berani nak komen sikit pasal PAS sekarang? Jika beliau sanggup ke Gaza bersama Najib biarpun tahu akan dicemuh dan dijuak oleh orang-orang PAS, hanya kerana ingin membantu umat Islam di sana, maka Nasharudin pun patut menegur PAS sekiranya PAS benar-benar ingin memperjuangkan umat Islam di Malaysia.  Nasharudin tak perlu takut sekarang, lagipun sekarang beliau cuma ahli biasa-biasa saja dalam PAS.  Bak kata orang tua-tua, bagai melukut tepi gantang, masuk tak menambah, keluar pun tak luak!

Guan Eng Dalam Dilema?

     

   Nak tersedak teh panas yang saya minum.  Nasib baik dah habis makan telur separuh masak 2 biji pagi tadi bila  baca tajuk artikel 'Guan Eng dalam dilemma' di akhbar Utusan.  Yang Dipertua Komuniti 1 Malaysia Daerah Barat Daya, Datuk Shah Headan Ayoob Shah, berkata Guan Eng dalam dilemma untuk menjaga hati para peniaga ( pemaju perumahan), dan penyokong-penyokongnya.

    Guan Eng? Dilemma? Tak adanya pun!  Kalau isu kalimah Allah pun Guan Eng boleh main-main, ni takat isu perumahan, tak menjadi apa-apa pun buat Guan Eng!  Peribahasa moden dalam projek ialah, 'makin besar projek, makin teballah poket!' .  Biasa la perkara macam ni, tak kira UMNO, PAS, DAP mahupun PKR.  Zaman sekarang ni, memang susah nak cari orang jujur dan telus.  Lebih senang cari rambut dalam tepung, atau jarum dalam timbunan jerami.  Mengapa saya cakap demikian, nak cari rambut dalam tepung, senang je, tak payah nak comot-comot muka, guna je pengayak tepung.  Begitu juga nak cari jarum dalam timbunan jerami, boleh guna alat pengesan logam, sure boleh jumpa.  Tetapi nak tahu niat orang, jujur ke tidak, memang payah weh.  Guna mesin x-ray atau mesin scanner yang paling canggih pun , tak dapat nak lihat dalam hati seseorang!

Lambang PAS, Kebetulan Atau Sudah Ditakdirkan?

 

 'Pa' 'Alif' 'Sin', Pecat Ikut Suka... He..he..he.... pandai betul orang yang menafsirkan maksud PAS.  Bersesuaian dengan suasana tindakan PAS sekarang ini.  Betul la tu.  Macam yang dikatakan, tiada ihsan atau belas langsung bila nak pecat orang.  Lupakah pemimpin-pemimpin PAS, jika sedikit ada belas kita pada orang lain, berlipat ganda jugalah belas dari Allah kepada kita.  Dan pastinya, jika tiada belas dari PAS terhadap orang-orang yang dipecat, maka jangan harap la lepas ni ada belas dari Allah terhadap PAS.

    Bila Dr. Shan Harrazi menafsirkan maksud perkataan PAS, rasa-rasa nak la juga saya tafsirkan maksud lambang pada bendera PAS.  Iaitu berlatarkan warna hijau dan bulan putih di tengah-tengahnya.  Warna hijau melambangkan agama Islam, dan begitu juga bulan.  Bila saya tafsirkan maksud lambang parti PAS, harap-harap pembaca semua dapat merenung dan berfikir, apakah ianya satu kebetulan, atau memang sudah ditakdirkan Allah begitu.  Sebab, dalam Islam, tidak ada kebetulan, sebab semuanya sudah ditakdirkan dan sudah menjadi qada dan qadar Allah jua.

  Warna hijau melambangkan Islam, betul la tu.... Luarannya nampak Islam, tapi putih kosong di tengah-tengah, tiada apa-apa.  Begitu jugalah dengan PAS, nampak dari luar, macam memperjuangkan agama Islam, tapi hakikatnya tidak berani membantah atau menegur DAP dalam isu Kalimah Allah.  Begitu juga bila Nik Aziz melarang sambutan Maulidul Rasul, tetapi sanggup potong kek hari jadi di rumah Karpal Singh.  Dan begitu juga isu Qariah di Kelantan tidak lama dahulu. Pada awalnya, Nik Aziz kata haram, tapi sekarang  kaum wanita boleh pula masuk Musabaqah Al-Quran.  Sepatutnya, kalau yang haram tu, tetap akan haram..

   Bulan purnama akan berseri-seri jika dipagari bintang-bintang yang berkelipan, tapi di bendera PAS tak ada bintang, maka tak berseri lah.  Bermakna, PAS hanyalah sekadar ada pemimpin, tetapi tidak mengambil kira ahli parti yang ramai... Betul juga la tu....

  Lagi satu, bulan memang cantik, tapi bersinar hanya waktu malam sahaja.  Dan pada hakikatnya, bulan tidak ada cahaya, hanya mengharapkan cahaya matahari untuk dibiaskan/dipantulkan kembali.  Begitu juga dengan PAS, kalau tiada bantuan dari kerajaan pusat, PAS tidak punya apa-apa.  Contohnya bila Najib mengumumkan 7 projek besar di Kelantan, cepat-cepat pula Nik Aziz mahu kerajaan pusat menyegerakannya dengan tidak perlu menunggu BN menang di Kelantan.  Betul tak?

   Dan akhirnya, bukan sekadar cerita rekaan saya semata-mata, kalau kita semua masih ingat lagi, sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. ingin membuktikan keRasulannya, dan mukjizatnya sebagai Nabi, Nabi Muhammad telah membelah dua bulan purnama !  Begitu jugalah dengan PAS sekarang ini, sebagai membuktikan kehebatan agama Islam yang sebenarnya, PAS telah berpecah dua sekarang ini.  Sudah ramai yang tidak senang dengan tindaktanduk pemimpim PAS.  Seperti dalam isu Kalimah Allah, pemecatan ulama yang benar-benar memperjuangkan Islam, pemberian tanah kepada kaum kafir ( akan saya ulas berdasarkan hadis sahih, jika ada masa nanti), serta banyak lagi isu-isu lain.

   Terus terang, berani saya katakan, jika dengan menggunakan agama Islam dan ayat-ayat Allah, PAS telah naik, tidak mustahil kerana agama Islam dan ayat-ayat Allah jua PAS akan jatuh dan kecundang juga nanti... Percayalah!

Jumaat, 1 Februari 2013

E-mel dedah kononnya White House benar guna senjata kimia di Syiria

     Sekadar nak sentuh sikit pasal politik luar negara.  Kononnya Amerika memberi lampu hijau kepada penggunaan senjata kimia di Syiria.  Iaitu dengan menggunakan askar upahan/swasta yang dibiayai AS.  Kemudian Presiden Bashar pula yang akan dipersalahkan dan ini boleh dijadikan alasan oleh Amerika untuk membenarkan campurtangan tentera asing di bumi Syiria.

     Perkara ni, biasa sahaja.  Ini lah taktik kotor Amerika, melalui agensi CIAnya.  Begitu juga di Afghanistan, Iraq, dan tidak hairan jika CIA juga sedikit sebanyak terlibat di Indonesia, Thailand dan Malaysia.

     Cuma yang menarik perhatian saya ialah, e-mel ini bocor kerana telah digodam oleh penggodam dari Malaysia!  Kemungkinan besar Anonymous..   Sememangnya, baru-baru ini juga kumpulan penggodam ini juga telah berpakat dengan penggodam dari seluruh dunia untuk menyerang laman-lawan web berkepentingan tinggi kepunyaan Israel.

    Ini jihad mereka, dengan kepakaran mereka.  Bagus dan syabas saya ucapkan.  Sememangnya, rakyat Malaysia semuanya hebat-hebat belaka.  Seperti contoh angkatan tentera kita yang membantu tentera AS suatu waktu dahulu.  Mereka yang terlibat memuji kehebatan tentera kita, namun malang, kehebatan itu tidak ditunjuk di dalam filem 'Black Hawk Down', hanya kerana kita Islam.

   Begitu juga anggota polis kita, yang sememangnya termasuk dalam senarai 10 Polis Terbaik Dunia.  Dan bagi anak-anak muda kita yang mempunyai kepakaran IT dan sudah pun mempunyai jiwa yang baik yang dapat menilai pergolakan dunia, ini sudah bagus.  Saya tidak hairan, kerana akan datang satu masa nanti Islam akan bangkit semula dan menjadi satu agama yang memimpin dunia.  Sememangnya dunia ke arah itu sekarang.  Apatah lagi, dengan kejadian di Mali, hanya Perancis sahaja yang degil dengan menghantar tentera mereka ke sana, sedangkan negara-negara barat lain keberatan untuk berbuat demikian..

   Jadi sekali lagi, syabas kepada penggodam di Malaysia.  Anda dengan kepakaran anda, teruskan usaha untuk menentang Amerika dan Israel.

Islam bukan bersifat kepartian

     Ada hadis yang bermaksud, "Islam dibangunkan atas lima perkara, bersaksi bahawa tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan melaksanakan haji," (Riwayat Muslim)

     Ini lah Islam yang sebenarnya.  Bukannya masuk UMNO atau masuk PAS.  Dan jika mahu masuk syurga, buatlah apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarang.  Semudah itu sahaja.  Tak payah dok pening-pening nak fikir betul ke kena pangkah PAS baru boleh masuk syurga.  Masuk syurga atau neraka, itu urusan Allah, kita sebagai makhluk tiada pengetahuan langsung kemanakah arah kita nanti atau menghukum seseorang itu.   Yang penting apa yang kita buat itu betul-betul berlandaskan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.  Dan bukannya berdasarkan kepada amanat seseorang atau kata-kata mereka yang kita anggap alim ulama.

    Kita mempunyai akal fikiran yang telah dianugerahkan Allah kepada kita, supaya berfikir dan dapat menilai serta mencari kebenaran yang hakiki.  Dan kebenaran yang hakiki ialah, hanya ada pada al-Quran dan Hadis.  Jadi seandainya kita terus berpegang kepada kata-kata seseorang, tanpa kita memikirkan apakah betul apa yang dikatakan dan tidak pula kita mengambil inisiatif untuk merujuk kepada al-Quran dan hadis, maka sebenarnya kita telah mengkhianati anugerah Allah, iaitu akal kita, dan tidak mensyukuri nikmat Nya.  Dan kita juga sebenarnya telah berpaling dari kitab suci al-Quran dan juga hadis...

Pilih calon Islam UMNO

    Ahli Dewan Undangan Pas kawasan Gaal, Datuk Dr. Nik Mazian menyeru penyokong PAS agar memilih calon Islam UMNO, saya ulang 'calon Islam UMNO' sekiranya ada calon dari DAP atau PKR yang bertanding dalam PRU13 ini, bukan beragama Islam.


    Sepatutnya, tidak kira beragama Islam atau tidak, selagi mereka calon dari DAP dan PKR, tak payah undi terus.  Sebab, walaupun jika mereka beragama Islam, tetapi mereka tetap mendokong perjuangan DAP dan PKR, itu salah, dan wajib ditentang.

   Sama juga dalam isu pemilihan CEC DAP, kalau dah Guan Eng tidak mahu buat pemilihan semula, tidak mengapa lah, itu kehendak beliau, tapi kita masih ada PRU13, kita tunggu dan lihat sahaja, Guan Eng bertanding di mana, masa PRU13 nanti, kita pakat  pilih calon lawan, belasah Guan Eng cukup-cukup, biar dia tahu hak mengundi tu, di tangan siapa...

UMNO Malang ambil bantuan Nasharudin?

     Maka berkata lah, Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz,

     " Dia ahli biasa PAS.  Sangat malang bagi UMNO tiada orang, terpaksa ambil bantuan ahli biasa PAS"


     Sebenarnya, bukan Najib yang pelawa Nasharudin untuk ke Gaza.  Itu kita kena faham.  Dan jika berkaitan untuk membantu umat Islam, tak payah la nak berkira pasal ahli biasa ke, pemimpin tertinggi ke, semuanya ada hak dan tanggungjawab untuk membantu.  Jadi, kalau ahli biasa, tak layak kah nak bantu umat Islam?  Hanya pemimpin tertinggi PAS saja kah yang layak?  Usah lah cakap takbur!

     Dan, kalau nak kira bukan UMNO yang malang, tapi hakikat yang sebenarnya, PAS yang malang dan rugi bila memecat Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS.  Nasharudin anak didik Fadzil Nor,  ilmu pun tinggi, dalam memperjuangkan Islam pun dia tegas, macam Hasan Ali.  Kalau betul dan benar, dia akan perjuangkan... bukan macam pemimpin tertinggi ni, kena mengadap Karpal Singh untuk minta maaf dan terpaksa potong kek, yang tak pernah dibuatnya selama ini....kesiaaaaann....

     Lambat laun, akan tiada ulama yang benar-benar memperjuangkan Islam dalam PAS, sebab ramai yang akan kena pecat nanti.  Jadi, kalau dah tiada, PAS ni parti apa sebenarnya?  Parti yang memperjuangkan Islam, atau parti yang mempertahankan DAP dan PKR sahaja sebenarnya....

Harga rumah mampu milik Pulau Pinang tak munasabah

     Riuh rendah persatuan-persatuan pengguna bila Guan Eng mengumumkan harga rumah mampu milik yang akan dibina ditawarkan sehingga harga RM400,000.

     Kenapa nak bising?  Belum sampai 1/2 juta lagi!  Betul la Guan Eng cakap, mampu milik.  Tapi siapa yang mampu milik dengan harga langit macam tu? Bukan harga siling lagi dah...  Pastinya, hanya untuk golongan elit dan konglomerat sahaja.  Dan kita boleh fikir sendiri laaaa... bangsa mana yang mampu milik rumah-rumah macam ni.

     Kalau takat bangsa Melayu atau India yang dok sibuk usung sepanduk bila tanah mereka di ambil untuk pembangunan di Pulau Pinang, usah nak bermimpi la dapat milik rumah tu... Usahkan mimpi, berangan pun tak layak!

     Kalau di Palestin, Israel guna jentolak, buat pagar tinggi-tinggi untuk buat rumah bagi orang Yahudi, dan halau orang tempatan Palestin,  tapi kat Pulau Pinang, guna cara halus sikit, ambil tanah penduduk, bayar pampasan sikit, buat rumah yang harga mahal-mahal.  Kalau kita tengok berita, yang selalu buat bantahan bila tanah kena ambil kat Pulau Pinang, ialah bangsa Melayu dan India sahaja.  Bila la Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi nak sedar hal ni.

Kaji semula pemecatan Nasharudin

     Akhbar arus perdana hari ini menyiarkan ramai tokoh-tokoh PAS yang mahukan Majlis Syura Ulama memberi peluang kepada Nasharudin untuk membela diri.  Sememangnya, Nasharudin tidak diberi hak yang sewajarnya untuk membela diri.  Dan apa yang dilalui oleh beliau sememangnya tidak adil bukan sahaja dalam konteks organisasi malah dalam sudut hukum agama.


      Bagi saya, sudah-sudah lah, orang dah pecat, orang dah cerai, buat apa nak merayu lagi.  Buat jatuh air muka dan harga diri je.  Lagipun, tak kan Majlis Syura Ulama nak ambil balik Nasharudin, nak jilat balik ludah sendiri?  Sekurang-kurangnya, semakin hari semakin banyak pekung di dada PAS yang kita boleh tahu.  Dalam hal ini, macam kata-kata Haji Hadi, memadailah sekadar pengumuman dibuat secara terbuka melalui media.


     Yang penting sekarang, Nasharudin hanya perlu terus pandang ke depan.  Iktikad dalal hati apa yang beliau nak buat.  Dengan PAS atau tanpa PAS pun tak ada bezanya.  Di sisi Allah, tiada UMNO, PAS, DAP atau PKR.  Yang ada hanyalah tahap keimanan kita.  Lagipun, bila mati kain kapan warna putih je semuanya.