Sabtu, 1 Disember 2012

Buku Yang Tidak Boleh DiBaca


Memang pelik tajuk artikel kali ini, tetapi itulah hakikatnya.  Sememangnya buku ini memang tidak boleh dibaca oleh sesiapa pun.  Kerana tiada siapa yang tahu tulisan yang digunakan, berasal dari peradaban mana.  Malah pakar-pakar tulisan purba sekali pun belum dapat mentafsirkan lagi apa yang ditulis di dalam buku ini.


Boleh dikatakan buku ini mengandungi hampir semua bidang, sama ada tumbuhan, haiwan, anatomi manusia dan tidak lupa juga bidang astronomi.  Yang menjadi persoalan, atas tujuan apa buku ini ditulis.  Dan siapakah yang menulisnya.  Juga persoalan yang timbul, ada lakaran-lakaran tumbuhan yang dapat dikenalpasti wujud, tetapi ada juga tumbuhan yang dilakarkan, tidak pernah dikenali/dikategori oleh mana-mana pengkaji tumbuhan.  Malah tidak pernah disenaraikan di dalam tumbuhan-tumbuhan yang ada di bumi.

Ada yang mendakwa bahawa buku ini telah ditulis oleh makhluk asing yang mengkaji perihal bumi.  Dan ada juga mendakwa bahawa buku ini telah ditulis oleh satu peradaban yang telah hilang.  Apa yang menariknya, segala lakaran yang dbuat adalah begitu terperinci.

Ianya merupakan suatu misteri yang masih belum terungkai.  Untuk video penuh tentang misteri ini, sila tonton "The Book That Can't Be Read".

0 comments:

Catat Ulasan