Lambang PAS, Kebetulan Atau Sudah DiTakdirkan?
Sebagai membuktikan mukjizatnya sebagai Rasul, Nabi Muhammad s.a.w. telah membelah dua bulan.
Nik Aziz, Nasharudin dan Karpal Singh: Kisah Isteri Tua dan Isteri Muda
Nasharudin kena cerai talak berapa? Kalau talak tiga, kena cari 'cina buta' dulu.
3 Lemas Dalam Jip
Maran : “Ayah dah nak pergi.” Itu bisikan terakhir Abd Zahran Asran, 28, kepada anak sulungnya sebelum keluar rumah untuk menyertai aktiviti lasak dalam kawasan hutan di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, yang berkesudahan dia bersama dua rakan menemui ajal, malam kelmarin.
Bagaimana Dengan Pemilihan CEC DAP?
Mengapa kelu diam membisu? Ambiga sudah didesak. Tunggu apa komen beliau nanti.
Nak Desak Guan Eng Segera Mohon Maaf?
Kalau dah Tok Guru Nik Aziz mengangkat Guan Eng sebagai Khalifah Umar al-Aziz, nak buat macam mana lagi? Apa komen penyokong akar umbi PAS ?
Shila kembali selepas 'hilang' sekejap
GEORGETOWN: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.
Khamis, 31 Januari 2013
Jangan Cemar Nama Allah
Jangan Cemar Nama Allah
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim semalam menegaskan penganut agama lain tidak berhak untuk menuntut kesamarataan dalam soal beragama termasuk penggunaan kalimah Allah. Beliau turut berkata, penggunaan kalimah Allah sememangnya amat berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan langkah mempertahankannya daripada dicemari pihak tidak bertanggungjawab merupakan jihad yang perlu digalas oleh seluruh umat Islam.
Sememangnya, ia merupakan jihad bagi umat Islam untuk menjaga kesucian kalimah Allah. Kita mengaku kita cintakan Allah dan Rasul. Seperti kita mencintai seseorang, sanggupkah kita membiarkan orang menghina nama kekasih yang kita cintai? Tidak adakah perasaan marah di hati kita? Seharusnya, memang kena begitu caranya. Dan sepatutnya, jika kita mengaku cintakan Allah, seharusnya kita harus lebih marah lagi jika ada pihak yang ingin menghina nama Allah!
Sewajarnya jihadlah yang sepatutnya. Amat malanglah bagi PAS, jika amanat Haji Hadi mengatakan jihad untuk menentang UMNO, tapi tidak pula mengatakan jihad untuk menentang DAP yang terang-terangan ingin mempersendakan kalimah Allah. Malah Tok Guru Nik Aziz nampak makin mesra pula dengan Karpal Singh! Nampaklah ini perjuangan PAS yang sebenarnya.
Rabu, 30 Januari 2013
Nik Aziz tak kisah Nasharudin tinggalkan PAS

Misteri Pemecatan Nasharudin
Isnin, 28 Januari 2013
Hari jadi Nik Aziz dirai di rumah Karpal Singh
Nasharudin Dipecat!
Khamis, 24 Januari 2013
Dikecam Pengikut Sendiri
Dikecam pengikut sendiri
*****
Entahlah... ulama sendiri pun dah boleh cakap macam tu. Padahal ayat al-Quran pun ada bagitahu kena taat pada Allah, Rasul dan juga kepada ulil amri (orang yang berkuasa). Lupakah beliau pada satu hadis...
Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a katanya :
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. patah gigi serinya pada hari peperangan Uhud dan mendapat luka di kepalanya, lalu luka itu mengeluarkan darah. Maka beliau bersabda, " Bagaimana satu kaum yang melukakan nabi mereka dan mematahkan gigi serinya akan berjaya padahal nabi itu mengajak mereka kepada Allah? Maka Allah menurunkan ayat : " Tidak ada campur tangan mu sedikitpun dalam urusan mereka."
Jadi kepada Nasrudin, tak payah la nak mencemuh orang. Bukan urusan Nasrudin untuk nak kata hipokrit tahap durjana pada PM. Kalau macam tu, bagaimana pula dengan Nik Aziz yang kata boleh berkawan dengan syaitan ? Atau amanat Haji Hadi yang memecah belahkan umat Islam? Atau Anwar yang masih berpegang kepada boleh guna Kalimah Allah? Tidak hipokrit tahap durjana kah mereka? Usah lah mengeluarkan kata-kata sebarangan. Di Padang Mahsyar besok, jenuh la nak menjawab nanti!
Ulama Pewaris Nabi?
Hadis tersebut benar, ulama sememangnya pewaris nabi, tetapi apakah maksud pewaris/waris? Apa yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bukan sekadar al-Quran dan Hadis, tetapi termasuk juga sunnah. Tetapi cukupkah dengan semua ini untuk dilabelkan ulama pewaris nabi? Kebanyakan kita percaya, dengan tiga perkara tersebut sudah memadai untuk menjadi ulama. Betul... Tetapi, untuk benar-benar menjadi ulama pewaris nabi, yang sering dilupakan dan yang sering ditinggalkan ialah keperibadian Nabi Muhammad itu sendiri.
Jadi, kalau ada yang tidak berperibadi seperti Nabi Muhammad s.a.w. tak usah lah anggap diri itu sebagai ulama pewaris nabi! Nabi Muhammad tidak suka perpecahan kepada umat Islam, tapi kita sekarang berpecah belah. Nabi Muhammad suruh kita berpegang kepada al-Quran dan Hadis, tapi kita lebih taksub kepada amanat. Apa nak jadi ni?
Sememangnya, ulama-ulama kita sekarang sibuk sangat dengan politik! Soal global tak mahu ambil tahu langsung. Maaf saya kata begitu. Senang cerita, saya ambil contoh, kegemparan pada 21hb Disember 2012 dahulu. Benar, itu bukan tarikh kiamat. Sebab kita memang tidak akan tahu bila dunia akan kiamat. Tapi mengapa tidak kita guna peluang itu untuk lebih kita sedar tentang kedatangan hari kiamat?
Lihatlah dunia kita sekarang...Rusia melarang Israel dari menyerang Iran. Kenapa ? Kerana ini pasti akan memulakan Perang Dunia ke 3. Dan lihat peristiwa di Mali, hanya Perancis yang menghantarkan tenteranya, tetapi tidak negara-negara barat yang lain, kerana di Mali banyak militan Islam yang terlibat, ini boleh menyebabkan perang Salib.
Dan lihatlah di Malaysia sendiri, dengan isu kalimah Allah, pengedaran Bible, dan sesetengah orang Islam yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Dan bagaimana pula dengan ulama-ulama yang mengutuk dan mengeluarkan kata-kata kesat. Ulama kah ini ? Beginikah keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
Kerana itu ada ayat al-Quran yang menyuruh kita berpegang kepada al-Quran dan Hadis. Maaflah saya cakap, Allah sendiri sebut Al-Quran dan Hadis sahaja. Tiada pun sebut ulil amri, mahupun ulama-ulama. Kerana pasti ada ulama-ulama yang mempergunakan ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan sendiri/parti, dan bukan sebenar-benar untuk kepentingan agama.
Saya malas nak tulis tentang sepotong ayat al-Al-Quran berkenaan dengan ulama-ulama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan sendiri ni. Tetapi kalau dah teruk sangat, saya akan tulis.
Selangor Gagal Batal Saman 2,020 Ibu Tunggal
Baguslah macam ni, janji tetap janji, mana boleh nak mungkir. Orang dah berharap sangat dah. Seelok-eloknya, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Selangor dapat membuat / mengeluarkan bilangan sebenar ibu-ibu tunggal di Selangor. Supaya semuanya akan mendapat elaun RM100 yang seperti dijanjikan. Janganlah hanya kepada kumpulan 2,020 dan 3,011 orang tersebut sahaja.
Peguam defendan berpendapat manifesto parti tidak mempunyai nilai kuatkuasa undang-undang. Adakah bermakna, masa dok berkempen atau masa buat manifesto tersebut, boleh janji macam-macam, tapi tak perlu dilaksanakan? Senang la macam ni.... Agaknya kalau pihak kerajaan tak laksanakan segala janji-janji, mesti kuat kena hentam punya. Tapi, tak apa lah kan, sebabnya manifesto parti tidak mempunyai nilai kuatkuasa undang-undang.
Tapi, selepas apa yang berlaku ( isu tuntutan elaun RM100 bagi ibu-ibu tunggal ), seelok-eloknya rakyat Selangor dapat meneliti kembali manifesto pakatan pembangkang, dan lihat lagi apa yang patut dituntut sebelum PRU13 ni. Kes isu tuntutan elaun RM100 bagi ibu-ibu tunggal ni, boleh dijadikan kes rujukan.
Isnin, 21 Januari 2013
KDN Beri Kata Dua
KDN dah beri kata dua. Jika boleh menggugat ketenteraman awam, lesen untuk mencetak Bible boleh ditarik balik. Haji Hadi pun dah cakap, beliau berpegang pada keputusan majlis ulama syura PAS. So, dengan ini, patutnya kita dah boleh buat keputusan yang isu kalimah Allah ni, dah stop. Pasni, tak payah la mana-mana pihak nak cuba-cuba lagi sentuh pasal benda ni. Kecuali lah mereka memang ada niat nak menghuru-hara keamanan di Malaysia.
Ahad, 20 Januari 2013
Bible Melayu disebar ke sekolah di Penang!

Akibat Berkawan Dengan Syaitan
Konspirasi Dalam DAP
Ada desas-desus mengatakan wujudnya konspirasi dalam DAP bagi menjatuhkan Guan Eng, atau setepatnya menjatuhkan Dinasti Lim. Sememangnya, sedari awal lagi pelantikan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, dah ramai yang tak berkenan. Sebabnya, Guan Eng bukan anak jati P.Pinang, tapi Melaka. Dah la calonkan diri sendiri pulak tu.
Mungkinkah isu Kalimah Allah ini, salah satu agenda bagi menjatuhkan Guan Eng? Sebab la ni pun, Guan Eng dah tak berani nak bagi komen pasal isu ni. Tu sebab Karpal Singh pula yang bersuara. Kalau benar isu ini untuk menjatuhkan Guan Eng, nampak gayanya, pihak yang terbabit dalam konspirasi ini, sudah beberapa langkah berada di hadapan Guan Eng. Apatah lagi, keadaan Guan Eng yang benar-benar tersepit sekarang, antara isu pemilihan semula CEC dan isu kalimah Allah.
Satu pengajaran buat Guan Eng, janganlah nak main-main dengan Kalimah Allah. Itu nama Tuhan! Nak berpolitik, nak bersandiwara sesama manusia, tidak mengapa. Tapi jangan dengan Allah, sekali Dia sebut 'Kun Fayakun', sekelip mata ( atau tak sempat berkelip pun!) semua boleh berlaku.
Lihatlah sekarang, DAP nak memperkudakan PAS dengan isu kalimah Allah, tapi tak sangka pula PAS buat U turn, dan bagi 'tendangan kuda' gangnam style lagi pada DAP. Elok sangatlah tu, dengan lagu tema DAP, 'Ubah Roket Style' !
Isu Kalimah Allah
Assalamualaikum,
Sekarang ni, kita tak habis-habis dilanda pelbagai isu. Namun, yang paling diberi perhatian ialah isu Kalimah Allah. Sememangnya, bila dah start benda ni, susah nak selesai dah! Melainkan pihak yang mengeluarkan isu ini, menarik balik isu tersebut dan meminta maaf dari seluruh umat Islam di Malaysia.
Yang menghairankan, mengapa ada pihak yang berani sangat mengeluarkan isu yang sensitif ini. Dan lagi menghairankan, mengapa PAS dan UMNO tidak dapat duduk bersama, semeja dalam menangani isu ini. Sebabnya, ini bukan soal PAS lawan UMNO atau UMNO lawan PAS. Demi Allah, ini soal kalimah Allah, dan soal akidah umat Islam! Patutnya, kedua-dua pihak dapat bersatu dan menentangnya. Tapi, kalau dah soal ini pun dah tak dapat bekerjasama, tidak tahu lah.
Sabtu, 19 Januari 2013
Kurang Regangan Waktu Pagi
LAN
Petaling Jaya
Lagi cepat lagi baik kerana jangka pelupusan sesetengah sistem tubuh badan anda menunjukkan kebarangkalian ia akan sampai tarikh luput.
Sistem syahwat dan reproduktif yang mula bersemarak pada awal belasan tahun boleh membuatkan anda melakukan onani sehingga beberapa kali sehari.
Kini anda kurang aktif. Sistem dan bahagian anggota kelamin yang satu ketika dulu segar dan rancak kini mula ‘meragam’, tiada ereksi pagi dan sugul.
Sama juga dengan bahagian anggota kelamin yang menghasilkan air mani seperti pundi seminal, kini mula terasa sakit.
Pundi seminal lelaki sihat menghasilkan 50 hingga 60 peratus jumlah isi padu air mani. Pundi prostat yang menghasilkan 30 hingga 35 peratus air mani juga mula kurang aktif pada umur lanjut.
Kandungan zink dalam pundi prostat tinggi dan mustahak untuk penghasilan sperma aktif dan normal. Anda nyatakan mengambil tambahan untuk kesihatan.
Ia sekadar makanan tambahan dan bukan keperluan. Ia bukan rawatan atau ubatan yang perlu mendapat pengesahan doktor. Jarang pula makanan tambahan memberi kesan sampingan.
Bagaimanapun, pengambilan itu tidak digalakkan jika amalan gaya hidup sihat tidak dipraktikkan. Anda kini was-was mengenai pengambilan makanan tambahan itu. Anda sepatutnya merujuk doktor jika ada keraguan kesihatan, lebih-lebih lagi jika terasa sakit.
Elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan dan mengesan masalah anda pada peringkat awal.
Selasa, 1 Januari 2013
Banduan Hafaz Al-Quran Dihukum Pancung.
Di Jeddah, seorang banduan paling tua di Arab Saudi, menerima hukuman pancung. Abdullah Fandi Al-Shammary, menjalani hukuman pancung tersebut setelah membunuh seorang lelaki dengan memukulnya berulang kali dengan kayu, semasa pergaduhan berlaku 32 tahun dahulu. Abdullah dipenjarakan semasa berumur 21 tahun.
Lima tahun selepas dipenjarakan, dia didapati bersalah dan dia membayar wang darah untuk mendapatkan kebebasan. Dia meraikan kebebasannya dengan berkahwin, namun selepas dua tahun, dia ditahan semula apabila keluarga mangsa merayu untuk diadakan perbicaraan semula.
Ramai penduduk Saudi yang bersimpati, menghantar 50,000 mesej Twitter kepadanya pada hari dia akan dipancung.
Menurut sumber, sepanjang berada di penjara, dia menghafal al-Quran dan sudah 17 kali dibawa ke dataran pancung. Ada sumber juga mengatakan, dia sempat mengimamkan solat subuh pada pagi Selasa dan mengucapkan selamat tinggal kepada jemaah sambil tersenyum kerana tahu itu solat terakhirnya.
Meskipun Putera Abdulaziz bin Saad, Timbalan Gabenor Wilayah Hail cuba meyakinkan anak mangsa supaya mengampunkan Abdullah, namun si anak bertegas mahukan dia dihukum mati.
sumber - Saudi Gazette
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Engkau mahu membunuhnya?"
Wali yang terbunuh menjawab : "Ya!"
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pergilah engkau membawa pembunuh itu."
Manakakala wali bagi yang terbunuh itu berpaling dan orang-orang di sisinya telah pergi maka Rasulullah s.a.w. memanggil si wali itu seraya bersabda :
"Engkau hendak maafkannya?"
Wali itu menjawab: "Tidak!"
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Engkau mahu membunuhnya?"
Wali yang terbunuh menjawab : "Ya!"
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pergilah engkau membawanya."
Di kala itu Rasulullah bersabda: "Ingatlah, sesungguhnya jika engkau memaafkannya, ia pulang dengan dosanya dan dosa kawanmu (si mati)."
Maka wali tadi memaafkan pembunuh itu dan meninggalkannya.
Kata Wail: "Saya melihat wali itu menarik talinya."
***************
Lihatlah, di Jeddah sendiri. Tidak kah mereka itu lebih arif tentang al-Quran dan hadis? Dan bahawa memaafkan itu adalah perkara yang lebih baik? Apatah lagi Putera Abdulaziz sendiri menasihat dan merayu agar Abdullah Fandi tidak dihukum mati. Kita yang membuat pilihan sebenarnya...