Akibat Berkawan
Dengan Syaitan?
Presiden
Pas, Haji Hadi melancarkan buku yang bertajuk Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta, selain tajuk kecil di
bawahnya yang menyebut Penghuraian dan
Penjelasan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disusun oleh
Muhammad Khalil Abdul Hadi. Buku seumpama itu pernah dicetak kali pertama
pada tahun 2002 dan untuk cetakan kedua tahun ini, ia telah dikemaskini bagi
memperjelaskan amanat tersebut yang diterbitkan oleh Akademi Tarbiyah Dewan
Pemuda Pas Malaysia.
Yang
menariknya, buku ini dilancarkan sewaktu umat Islam berada di dalam kemelut isu
kalimah Allah. Belum pun isu tersebut
reda, isu Amanat Haji Hadi pula kembali melanda. Adakah ini juga salah satu strategi pemimpin
Pas untuk mengalih perhatian semua dari isu kalimah Allah? Sebagaimana Guan Eng ingin mengalih perhatian
dari isu kalimah Allah dengan mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi. Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan
isu amanat Haji Hadi. Cukuplah dengan
hadis-hadis ini.
Muslim,
meriwayatkan daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Adapun
kemudian dari itu maka sesungguhnya sebaik-baik percakapan ialah Kitab Allah,
dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara
ialah perkara-perkara baharu yang diada-adakan, dan tiap-tiap yang baharu
adalah bidaah, dan tiap-tiap bidaah adalah sesat”
At-Tirmidzi,
Ibnu Majah, Muslim pula meriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a bahawa
Rasulullah bersabda :
“Barangsiapa mengasaskan satu sunnah kebajikan lalu ia diikuti maka
baginya pahala dan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya sedangkan
pahala mereka tidak kurang sedikitpun.
Dan barangsiapa mengasaskan satu sunnah yang jahat lalu ia diikuti maka
ia menanggung dosa dan dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutinya sedangkan
dosa-dosa mereka tidak kurang sedikitpun”
Maka,
jika berlaku perpecahan di kalangan umat Islam, setentunya ia bukanlah sesuatu
yang baik. Apatah lagi Nabi Muhammad
s.a.w. sendiri mahukan umatnya bersatu dan tidak berpecah-belah. Cukuplah, jika kita sudah kabur dan keliru,
maka sebaik-baiknya bukalah tafsir Al-Quran dan buku-buku Hadis, maka bacalah
dan berpegang teguh lah kepada kedua-duanya.
Kerana ianya yang sebenar-benar pegangan bagi kita, umat Islam.
Dan
lihatlah sekarang, dalam isu kalimah Allah, kita sebagai umat Islam, tidak
dapat bersatu untuk menentangnya. Saya
faham tentang apa yang dinyatakan oleh pemimpin PAS. Mereka tetap berpegang dengan persetujuan
penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Tetapi yang menyedihkan, mereka tidak berani
untuk berkata TIDAK BOLEH untuk diterjemahkan perkataan ‘God’ kepada ‘Allah’ di
dalam Bible bahasa Melayu secara terang dan nyata. Ini adalah kerana mereka tidak mahu merosakan
pakatan mereka antara DAP dan PKR.
Namun, amat malang sekali kerana dengan ketegasan ini lah, yang akan
memulakan perpecahan di dalam parti PAS sendiri. Dan merosakan pakatan antara
ahli mereka sendiri. Inikah pendirian
sebuah parti yang dahulunya melaungkan bahawa mereka adalah parti Islam yang
sebenar? Dan sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan perjuangan
Islam? Tetapi terpaksa ‘berlembut’
dengan DAP yang telah terang dan nyata ingin mencemarkan kesucian kalimah Allah
dan juga boleh merosakkan akidah umat Islam.
Sukalah
saya ingin mengingatkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia, tidak kira sama
ada dari parti kerajaan mahupun parti pembangkang. Sudah lupakah kita kepada kisah Nabi
Adam? Kerana gagal menggoda Nabi Adam,
supaya memakan buah khuldi, maka iblis/syaitan memujuk Hawa untuk merayu kepada
Nabi Adam. Pujuk rayu Hawa akhirnya
menundukkan ketaatan Nabi Adam terhadap Allah Yang Maha Esa, sehinggakan Nabi Adam dan Hawa dihalau dari
syurga dan dicampakkan ke bumi.
Cubalah bandingkan dengan senario sekarang. Seorang pemimpin pembangkang pernah
mengatakan kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu
kita menubuhkan negara Islam. Maka muncul lah pakatan rakyat, iaitu DAP, PKR
dan PAS. Sekarang, parti manakah yang
cuba mempermainkan kalimah Allah, dan parti manakah yang menyeru (memujuk) agar
pakatan pembangkang (DAP, PKR, dan semestinya PAS!) supaya bersatu dalam
berdepan isu tersebut dengan tidak bertelagah antara satu sama lain. Bukankah DAP?
Jika kita fikirkan, bukankah PAS sekarang pun sudah tersepit dengan isu
kalimah Allah yang disuarakan oleh DAP? Sehingga
PAS tidak dapat bersama-sama dengan umat Islam yang lain untuk bersatu
menentangnya. Dan kerana isu itu juga
menyebabkan berlakunya perpecahan dikalangan penyokong dan pemimpin PAS sendiri
(sepastinya orang Islam!).
Sesungguhnya
Maha Suci Allah yang menjadikan Al-Quran itu sebenar-benar petunjuk bagi
orang-orang yang beriman. Dan benarlah,
Al-Quran itu sebenar-benar panduan untuk umat Islam sepanjang zaman, bagi yang
dapat dapat berfikir dan mengambil iktibar darinya. Lihatlah terjemahan Surah an-Nisa’, ayat 59
:
“Wahai
orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Hadis) jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih
baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. “
Ingin
saya tekankan di sini, sebagaimana terjemahan ayat di atas, bila berlaku
perpecahan di kalangan kita, bukankah Allah telah memperingatkan kita supaya
kembali kepada al-Quran dan Hadis. Fahamilah
betul-betul ayat ini ‘kembali kepada
al-Quran dan Hadis’ sahaja, tidak kepada sesuatu yang lain selainnya.
Kerana itu, kita sebagai umat Islam, kembalilah kepada al-Quran dan Hadis.
Ambillah pengajaran dan iktibar darinya.
Dan janganlah sesekali kita berpaling darinya. Sebagaimana kisah Nabi Adam, janganlah pula
tiba giliran kita untuk dihalau dari ‘syurga’ kita ini.
Saya
ingin menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia, lihatlah, sesungguhnya Allah
masih lagi menyayangi kita sebagai orang Islam dan umat Nabi Muhammad s.a.w. Kerana, sebelum terjadi perkara yang lebih buruk,
Allah telah terlebih dahulu memberi kita petunjuk dengan apa yang telah berlaku
(isu kalimah Allah). Supaya kita dapat
sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Supaya kita sedar, siapa kawan dan siapa lawan. Tidak sedar lagikah kita? Masihkah kita ingin
berpaling dari Kitab Suci al-Quran yang menjadi pegangan kita selama ini? Janganlah kita menjadi seperti
golongan-golongan yang telah dibinasakan oleh Allah seperti yang telah
dikisahkan di dalam al-Quran.
Ucapan
tahniah kerana pembangkang telah berjaya menganjurkan Himpunan Shamsidar yang
telah berjaya dihadiri oleh berpuluh ribu orang. Tetapi amat malang sekali kerana, tiada
perhimpunan sebesar itu yang dianjurkan untuk menentang penggunaan kalimah
Allah di dalam Bible bahasa Melayu.
Inikah orang-orang Islam yang benar-benar memperjuangkan agama
Islam? Tidak dapatkah kita berfikir,
yang mana lebih mulia, Allah atau Shamsidar?
Dan
sekarang, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan menyeru supaya Haji Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama PAS. Kerana dulu PAS, DAP dan PKR telah sebulat suara bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah. Nampak gayanya, PAS sekarang juga tersepit.
Kalau nak senang, elok sangatlah kalau PAS dapat keluar dari pakatan pembangkang. Sebab, PAS dulu terkenal dengan parti dan perjuangan Islamnya. Jadi, dalam soal ini, pasti ramai yang menunggu jawapan Haji Hadi berkenaan seruan Karpal Singh tersebut. Yang pasti, ramai juga yang nak tahu, sama ada PAS benar-benar berjuang untuk agama Islam, atau untuk politik semata-mata. Kita tengok saja nanti, atau Haji Hadi akan bersikap seperti kebiasaannya, hanya diam membisu...
0 comments:
Catat Ulasan